Galleries

KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA AHMADI DIHATIKU 100 TAHUN
19 Julai 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan Masjid Ahmadi Rantau Panjang, Klang bagi memeriahkan aktiviti yang dianjurkan bersempena Ahmadi Dihatiku 100 Tahun. Kaunter penerangan MAIS dibuka bagi memudahkan jemaah yang hadir bagi bertanyakan berkenaan pengurusan Harta Islam yang terdapat di MAIS. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid kerana memberi ruang kepada pihak MAIS untuk memberi taklimat ringkas berkenaan pengurusan pusaka dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Baitulmal. Taklimat yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Suhaimi, Penolong Pengurus Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat. Turut hadir bersama pegawai  dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Ibu Pejabat MAIS dan Pegawai Baitulmal Daerah Klang. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli qariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA AHMADI DIHATIKU 100 TAHUN Shah Alam, 19 Julai – Sempena tahun baru Hijrah, satu… Berita Penuh July 19, 2023 SYAHADAH SEMPENA MAAL HIJRAH Shah Alam, 19 Julai – Sempena tahun baru Hijrah, satu… Berita Penuh July 19, 2023 PROGRAM BUAL BICARA MUALLAF SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS – Pengurusan Pendaftaran Pengislaman 18 Julai 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan… Berita Penuh July 18, 2023 LAWATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) SHAH ALAM 18 Julai – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 18, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID KARIAH SG. PELEK, SEPANG Sepang, 13 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh July 18, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor