SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Undang-Undang telah menerima jemputan sebagai penceramah dalam program Taklimat dan Bacaan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024 anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini. Taklimat disampaikan oleh Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS kepada 36 orang peserta dikalangan Anggota Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Rayuan Tauliah dan Panel Temu Duga Tauliah berkenaan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024. Program talimat bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta yang terlibat berhubung peraturan tauliah dan pengajaran agama Islam di negeri Selangor. Sebanyak tujuh bahagian yang terdapat dalam Peraturan-peraturan berkenaan antaranya ialah Jawatankuasa Tauliah, Kategori Tauliah, Penggantungan & Penarikan Tauliah, Pengecualian dan Kewajipan Pemegang Tauliah. Semoga taklimat yang telah disampaikan dapat membantu setiap anggota dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing. #mais #menjunjungamanah#islamicsaviourobedience#KitaSelangorMajuBersama#jabatanagamaislamselangor MAIS SAMPAI TAKLIMAT DAN BACAAN PERATURAN TAULIAH PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 23, 2024 PROGRAM KARNIVAL ORANG ASLI DAN KEMPEN BULAN MUALLAF NEGERI SELANGOR 2024 SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 21, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh September 20, 2024 MAIS DAN PNSB KONGSI PENGALAMAN PEMBANGUNAN HARTANAH DI NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 11 September-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan kunjungan… Berita Penuh September 11, 2024 MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SEMPENA PROGRAM INTERNATIONAL CONFERENCE ON FAMILY LAW, THE EMPOWERMENT OF CHILD MAINTENANCE 2024 SHAH ALAM, 4 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 4, 2024 Add Your Heading Text Here