Subang Jaya, 27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 1/2024 pada 25-27 Oktober bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab. Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 55 orang guru pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing para pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS. Kursus ini melibatkan enam orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; Puan Mazdurah Mohd Zin; Tuan Mohd Amer Tuan Ismail dan Tuan Haji Hushim Haji Salleh. Perasmian disempurnakan oleh Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik bagi menjalankan tugas tanggungjawab sebagai pembimbing dalam proses pemulihan kepada asnaf riqab. Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor. #mais #menjunjungamanah KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 1/2024 Subang Jaya, 27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 27, 2024 PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 4/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 26, 2024 253 ORANG PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS SABAK BERNAM, 24 Oktober – Sepanjang lima tahun dari tahun… Berita Penuh October 24, 2024 MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI CAMBODIAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima… Berita Penuh October 21, 2024 PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG ORANG ASLI, BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 19, 2024 Add Your Heading Text Here