MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah dijemput oleh Bahagian Khidmat Pengurusan di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkongsi Pengurusan Harta Pusaka bertajuk Hak Siapa Sebenarnya.
Â
Majlis disertai lebih 100 orang pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertempat di Kompleks Kerajaan, Putrajaya.
Ceramah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Haji Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS.
Â
Pelbagai soalan diajukan semasa ceramah berlangsung. Antaranya persoalan berhubung proses pendaftaran wasiat dan waris-waris berhak dalam pengurusan harta pusaka.
Â
Dalam sesi ceramah tersebut, pihak MAIS juga mengajak kepada masyarakat awam khususnya yang beragama Islam untuk menyegerakan rancang dokumentasi pengurusan harta demi memudahkan pengurusan harta pada masa akan datang.
Â
Jom rancang harta anda untuk kemudahan yang tersayang di masa hadapan.
Â
Layari www.mais.gov.my untuk maklumat lanjut.
Â
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...