Galleries

PROGRAM MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI
SEPANG, 21 Julai – Seramai 90 orang komuniti dikenali sebagai Komuniti Hijrah menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 19 Julai sehingga 21 Julai 2024 disertai dari kalangan asnaf riqab MAIS. Majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini. Hadir sama ialah YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Pengerusi MAIS dalam ucapan alu-aluan berkata, program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani bertujuan memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti hijrah bagi menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba Allah SWT. “Semoga usaha murni ini dapat dikekalkan bagi memastikan asnaf Riqab berjaya menjalani proses pemulihan dan memberikan kesan yang positif dalam diri mereka,” katanya. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada YB Menteri yang merasmikan program dan pihak JAKIM dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) atas kerjasama menjayakan program Mahrajan ini. Antara pengisian adalah pertandingan hafazan, azan, tazkirah dan nasyid.Selain itu, peserta juga didedahkan dengan aktiviti kursus antaranya ialah Kursus Sembelihan (Teori), Kursus Sembelihan (Praktikal) dan Kursus Pengurusan Jenazah.Menurut salah seorang peserta yang ditemui berpendapat, beliau memuji usaha MAIS dalam menyantuni golongan mereka ini dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. Turut hadir, Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Dato’ Hj Razali Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia. #mais #menjunjungamanah PROGRAM MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI Shah Alam, 19 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 21, 2024 MAIS & AADK TERUS JALIN KERJASAMA KENDALI PUSAT PEMULIHAN Shah Alam, 19 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 19, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN MITI DAN JKR SELANGOR Shah Alam, 18 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 18, 2024 MAIS LANCAR KAD HIBAH SHAH ALAM, 17 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 17, 2024 MAIS ADAKAN LAWATAN KE UITM SHAH ALAM, 15 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan… Berita Penuh July 15, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor