-->
BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
382143526 695352902509912 2642651766816833688 n

BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

382143526 695352902509912 2642651766816833688 n SERENDAH, 25 September - Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya yang diketuai oleh Dr. Raudah Abdul Rahman (Ketua Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Lawatan). Kunjungan lawatan disambut penuh mesra oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan Ustaz Rose Efendi Marjumat, Eksekutif Pusat Pemulihan Baitul Islah. Selain bertukar-tukar maklumat, kunjungan lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan dan operasi Baitul Islah. Selain itu, pihak delegasi juga menjadikan Baitul Islah sebagai batch mark dalam menubuhkan Ilaj Home di bawah kelolaan JAWI. Delegasi lawatan juga turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Islah yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Islah dan di akhir lawatan delegasi dibawa melawat tapak ke seluruh pusat terutama di blok pentadbiran, klinik dan asrama pelatih. Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya dalam membantu pemulihan kepada penghuni-penghuni di pusat tersebut. 



-->
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT RIQAB BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG JAWA
381446379 695260852519117 2086707783501655579 n

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT RIQAB BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG JAWA

381446379 695260852519117 2086707783501655579 n KLANG, 25 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Riqab bersama Komuniti Kampung Jawa pada 22-24 September lalu sempena Kempen Bulan Pembebasan Riqab MAIS 2023 sepanjang bulan September ini. Seramai 40 orang dikalangan asnaf riqab terlibat dalam program ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada asnaf riqab untuk menabur bakti dan melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk kampung. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk berukhwah sesama masyarakat dan menjalinkan hubungan silaturrahim. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 300 orang penduduk di sini dengan kerjasama Agensi Anti Dadah AADK Selangor, Padang Jawa Care (PJ Care), Klinik Kesihatan Pendamaran dan Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah PINTAS, Sahabat dan Teduhan Kasih. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Bual Bicara Sembang Santai yang bertajuk Masih Ada Peluang Kedua yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Mohd Yasser Abd Ghani, Eksekutif Pemulihan Riqab MAIS yang dikendalikan oleh moderator iaitu Ustaz Fadzirul Akmal bin Mohd Syarif, Penguasa Baitul Islah MAIS&AADK. Selain itu turut diadakan aktiviti gotong royong bersama penduduk, penyampaian bantuan makanan kepada asnaf fakir miskin, pembukaan kaunter pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan pandamaran, kaunter pameran dadah oleh AADK Selangor serta pelbagai aktiviti pertandingan yang menarik. Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program dan berharap agar asnaf riqab yang terlibat dapat menggunakan peluang yang ada untuk berkhidmat kepada masyarakat. Turut hadir dalam perasmian penutup tersebut ialah Dato' Fairus Pengerusi Padang Jawa Care ( PJ Care). #mais #menjunjungamanah



-->
KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL 4.0
383745423 693652602796277 4220805873907038565 n

KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL 4.0

383745423 693652602796277 4220805873907038565 n 23 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan Masjid Alam Impian bagi memeriahkan aktiviti yang dianjurkan.Kaunter penerangan MAIS dibuka bagi memudahkan jemaah yang hadir bagi bertanyakan berkenaan pengurusan Harta Islam yang terdapat di MAIS. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli qariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:Info lanjut, Sila layari: #mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #ilmufaraid #islamicestateplanning #baitulmalmais #rancanghartacelikpusaka #celikpewarisandanbaitulmal #kaunterbaitulmal #masjidAlamImpian



-->
MAIS SUMBANG RM510 RIBU KEPADA 81 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN
380631629 692546969457172 8124802011298601177 n

MAIS SUMBANG RM510 RIBU KEPADA 81 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN

380631629 692546969457172 8124802011298601177 n SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM510,000.00 kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang bernaung di bawah MAIS. Sumbangan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam perasmian Seminar Pemerkasaan PIBK Tahun 2023 di sini. Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Sumbangan diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan dalam menangani isu berkaitan ancaman akidah dan sosial yang melibatkan umat Islam selain diukur mengikut Penilaian Prestasi dan Keberkesanan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun. Untuk makluman sumbangan ini telah pun dimasukkan ke akaun setiap PIBK. “Semoga pemberian ganjaran ini akan mendorong semua PIBK MAIS untuk bersama-sama berganding bahu dalam mempertahankan dan memertabatkan kesucian agama Islam di Negeri Selangor,” kata Pengerusi MAIS. Antara PIBK yang menerima sumbangan MAIS ialah Pertubuhan Guru Kafa Sabak Bernam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor, Pertubuhan Muallaf India Se-Malaysia, Persatuan Cina Muslim He-Ping, Persatuan Wanita Islam Prihatin dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat. Sehingga kini, jumlah PIBK di bawah MAIS pada tahun 2023 adalah sebanyak 77 buah PIBK. Kesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu Kluster Dakwah & Islah, Kluster Pemantapan Akidah, Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Kluster Pendidikan Islam dan Kluster Pembangunan Muallaf, Kluster Pendidikan Islam, Kluster Pemulihan Riqab, Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin, Kluster Kebajikan Anak Yatim, Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam dan Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar. Sementara itu, dalam Seminar Pemerkasaan PIBK Tahun 2023 turut dihadiri seramai 230 orang peserta di kalangan PIBK, Anggota Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Anggota Jawatankuasa Teknikal Pemerkasaan PIBK, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Anak Syarikat MAIS serta masyarakat awam. Persidangan diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada PIBK untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam menangani isu-isu semasa ummah yang melibatkan kepentingan Islam di Negeri Selangor. MAIS berharap agar semua PIBK MAIS dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjaga, mempertahankan dan memartabatkan kesucian agama Islam selaras dengan hukum syarak. #mais #menjunjunganamanah



-->
KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR
381983392 692474516247419 8236702522075225302 n

KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR

381983392 692474516247419 8236702522075225302 n Kuala Lumpur, 19-21 September 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menyertai Kursus Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Lanjutan 2 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Bahagian Baitulmal bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh peserta seramai 22 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Antara objektif kursus kali ini adalah untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada pegawai-pegawai berhubung teknik pengiraan munasakhat dalam kes pusaka yang warisnya adalah berlapis-lapis. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang faraid dan pembahagian harta pusaka iaitu YBrs. Tuan Haji Wan Abd Halim bin Wan Harun, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Cawangan Negeri Perak. YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR telah menghadiri dan seterusnya merasmikan kursus yang diadakan selama tiga (3) hari ini yang turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Sabri bin Seman, Pengarah Bahagian Baitulmal, JAWHAR. MAIS yang diwakili oleh 5 orang pegawai menghadiri kursus tersebut bagi memperkukuhkan lagi ilmu berkenaan pengiraan faraid bagi memudahkan urusan dalam menjawab persoalan tang diajukan oleh masyarakat. Diharapkan segala ilmu dan latihan yang diperolehi daripada kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pakar ilmu faraid di kalangan pegawai MAIN dari seluruh Malaysia. #mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #Faraid#pengurusanhartapusaka #hartapusaka #islamicinheritancelaw #baitulmalmais



-->
HUTANG : HAK YANG AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT
socmed 01 1

HUTANG : HAK YANG AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT

WhatsApp Image 2023 09 15 at 17.01.13

Berhutang merupakan satu bentuk muamalat yang disediakan oleh syariat Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Panduan telah diletakkan oleh para ulamak kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oleh Islam ini tidak disalahgunakan.

Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah.

Rasulullah SAW pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada bebanan hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh A’isyah Radhiallahu Anha:

“Ya Allah!, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang”, lalu bertanya seseorang kepadanya; “Alangkah banyaknya doa engkau meminta jauh dari hutang?”, maka baginda menjawab; “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mungkiri.”

 (Riwayat al-Bukhari).

Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menyebabkan seseorang yang berhutang itu bercakap bohong ketika berbicara dan memungkiri janji apabila berjanji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.

side view business man calculating finance numbers

Sejak akhir-akhir ini kita melihat amalan berhutang telah menjadi kebiasaan sebahagian anggota masyarakat hari ini. Malah amat mendukacitakan apabila mereka yang berkemampuan juga turut berhutang dengan anggapan ia menjadi kaedah terbaik bagi mencapai keuntungan dan mendapat kekayaan.

Anggapan buruk ini telah melahirkan ramai individu yang sebenarnya berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam urusan jual beli sekalipun hanya melibatkan pembelian barangan runcit dan keperluan dapur mereka sahaja.

Mereka melakukan demikian dengan sangkaan bahawa pembayaran tunai akan membawa kepada kerugian dan menyusahkan.

Melihat gaya hidup pengguna pada hari ini, maka salah satu desakan kepenggunaan yang semakin hangat diperkatakan adalah budaya berhutang bentuk baru iaitu penggunaan kad kredit.

Maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati golongan eksekutif muda antara yang turut terperangkap dalam pengisytiharan muflis kerana gagal melunaskan hutang kad kredit.

credit cards that are stacked neatly together
  • Keadaan ini amat dibimbangi dan perlu diberi perhatian serius memandangkan mereka termasuk dalam golongan usia produktif. Yang pasti, ramai pengguna kini sedang bergelut dengan masalah hutang kad kredit kerana tidak berfikiran jauh dan mudah terpedaya dengan “kebahagiaan sementara” yang dijanjikan oleh kad plastik elektronik itu.

    Kemudahan menggunakan kad kredit bukan setakat di pasar raya besar, bahkan juga di restoran dan gerai menjual pakaian. Pengguna mudah terpedaya dengan promosi jualan murah sehingga tidak menyedari sudah menggunakan kad kredit secara berlebihan akhirnya memerangkap diri sendiri.

    Pengguna seperti ini diibaratkan pengguna yang “tidak mengukur baju di badan sendiri” ketika berbelanja. Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam yang enggan membayar hutang.

    Contohnya hutang-hutang pinjaman pendidikan, perumahan, kenderaan, pinjaman daripada syarikat atau pinjaman peribadi samada dengan institusi kewangan mahupun secara orang perseorangan dan juga liat membayar sewa.

    Bahkan ada yang menganggap membayar balik hutang-hutang tersebut adalah perkara remeh dan tidak penting. Malah ada juga yang rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar hutang yang menimbun. Marilah sama-sama kita merenung sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

    “Melewat-lewatkan bagi orang yang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim”.

    (Riwayat al-Bukhari).

    Rasulullah SAW juga pernah menggambarkan mengenai golongan manusia yang sengaja tidak mahu membayar hutang. Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya”.

    (Riwayat al-Bukhari).

top view islamic new year with quran book

Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Rasulullah menolak untuk menyolatkan jenazah yang tidak melangsaikan hutangnya? Walaupun sesetengah ulama’ menganggap keengganan Rasulullah ini berlaku pada awal permulaan Islam, namun ia tetap membuktikan perhatian dan penekanan Islam terhadap isu hutang.

Bukan itu sahaja golongan yang mati syahid pun, yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Islam turut tidak terlepas daripada kewajipan ini jika masih mempunyai hutang. Hadis daripada Abdullah bin Amru Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang.”

(Riwayat Muslim).

businessman saving money

Sebagai panduan umat Islam yang perlu diambil perhatian berkaitan hutang adalah:

  • Umat Islam hendaklah meyakini bahawa orang yang sengaja tidak membayar hutang yang dibuatnya akan dituntut dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
  • Umat Islam hendaklah memahami bahawa berhutang adalah satu bentuk muamalat dalam Islam yang mempunyai syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi mengelak berlakunya tuntutan di akhirat nanti.
  • Umat Islam hendaklah memahami dan menyedari bahawa amalan suka berhutang tanpa sebab yang kukuh akan menjerumuskan pelakunya ke dalam kebinasaan.

Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara.

(Disunting dari Khutbah Jumaat yang pernah diterbitkan oleh JAIS)

-->
PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
379606858 691548359557033 2439145326686274601 n 1

PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN

379606858 691548359557033 2439145326686274601 n SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah merasmikan Malam Agungnya Cinta 2023 dengan bertemakan “Mensyukuri Kebahagian Anak Yatim” sempena Pelancaran Bulan Anak Yatim tahun 2023. Dalam majlis ini, MAIS turut menerima penghargaan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan ( YIDE) atas sumbangan sebanyak RM25 ribu yang disalurkan bagi membantu anak-anak yatim. YIDE juga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM507,590.62 dan sumbangan yang diberikan oleh para penaja Rakan Korporat YIDE dan orang ramai akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Anak Yatim dan dana pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah. Program bulan anak yatim yang dianjurkan ini menjadi titik permulaan yang baik bagi masyarakat umum dan syarikat korporat untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim khususnya dari sudut sokongan moral seperti sokongan emosi dan sebagainya. Malam Agungnya Cinta ini telah mengumpulkan beberapa rakan artis antaranya Ustaz Don Daniyal, PU Akram, Naim Danial, Kumpulan Nasyid UNIC dan Hijjaz. Turut hadir ialah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Tan Sri Mazlan Mansur, Pengerusi YIDE; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE. #mais #menjunjungamanah #bulananakyatim #YIDE


-->
KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM
380497144 691350159576853 4762333390662726016 n

KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM

380497144 691350159576853 4762333390662726016 n 16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Al Amin Seksyen 17, Shah Alam diatas jemputan Kuliah Subuh Khas dan membuka kaunter penerangan MAIS bersempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2023. Alhamdulillah kaunter penerangan MAIS dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli kariah yang hadir bertanyakan hal-hal pengurusan pusaka. Disamping itu, Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah MAIS berkenaan tajuk "Faraid, Wasiat & Hibah". Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli kariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #ilmufaraid #islamicestateplanning #baitulmalmais #rancanghartacelikpusaka #celikpewarisandanbaitulmal #masjidAlAmin



-->
MAIS BUKA KAUNTER PENERANGAN SEMPENA KARNIVAL PUSPANITA NEGERI SELANGOR 2023
379415563 689666586411877 3182246597011799880 n

MAIS BUKA KAUNTER PENERANGAN SEMPENA KARNIVAL PUSPANITA NEGERI SELANGOR 2023

379415563 689666586411877 3182246597011799880 n 15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri Selangor bagi memeriahkan aktiviti yang dianjurkan bersempena Karnival Puspanita Negeri Selangor Tahun 2023. Kaunter penerangan MAIS dibuka bagi memudahkan peserta yang hadir bagi bertanyakan berkenaan pengurusan Harta Islam yang terdapat di MAIS. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Puspanita kerana memberi ruang kepada pihak MAIS untuk memberi taklimat ringkas berkenaan pengurusan pusaka dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Baitulmal. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal berkenaan tajuk wasiat & hibah. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada peserta yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #ilmufaraid #islamicestateplanning #baitulmalmais #rancanghartacelikpusaka #celikpewarisandanbaitulmal #puspanita


-->
USRAH BERSAMA GURU KAFA
378508182 688654369846432 5787344675508178954 n

USRAH BERSAMA GURU KAFA

378508182 688654369846432 5787344675508178954 n Sabak Bernam, 13 Sept - Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk memberi usrah bersempena Bulan Faraid Negeri Selangor dengan tajuk 'Kepentingan Ilmu Faraid' yang bertempat di Bilik Guru SRA Bandar Baru Melawati. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan, Penolong Pengurus Baitulmal Daerah Sabak Bernam. Turut dihadiri guru-guru dan kakitangan sekolah seramai anggaran 25 orang memeriahkan program yang dianjurkan. Semoga dengan perkongsian dapat memberi penjelasan berkenaan persoalan yang diajukan dan memberi info berkenaan ilmu faraid. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #faraid #pengurusanhartaorangislam #hartapusaka #ilmufaraid #islamicestateplanning #islamicinheritancelaw #baitulmalmais #SRABandarBaruMelawati


MAIS | Majlis Agama Islam Selangor