Isu

TITIK TEMU INFLUENCER DAN MAIS

MAIS adalah pihak yang menggubal polisi dan peraturan dan MAIS telah membuka ruang yang sangat luas kepada semua umat Islam, sama ada sebagai individu mahupun persatuan (NGO) misalnya untuk menjadi pendakwah yang menyebarkan kebaikan. Sebarkanlah kebaikan itu melalui apa sahaja cara dan wadahnya, termasuklah menjadi seorang infuencer. Silakan.

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Namun begitu, jika bimbang tersasar, maka MAIS menyediakan tauliah kepada mereka yang mahu dirinya diiktiraf sebagai influencer yang berilmu. Benar, tidak ada keperluan memiliki tauliah untuk menjadi seorang infuencer; namun ketika mana seorang influencer itu bercakap di Tiktok secara live dan dia adalah seorang pemegang tauliah, di sisinya ada dua kelebihan. Pertama, ilmunya diiktiraf di sisi agama. Kedua, dia bertanggungjawab memelihara keabsahan ilmu itu sifatnya sebagai pemegang tauliah.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri dalam isu ini sentiasa memantau perkembangan dakwah di media sosial, termasuklah infuencer. Jika ada pihak yang menafkan fatwa yang telah pun diwartakan, mereka boleh dikenakan dakwaan menghina fatwa. Sekali lagi, infuencer akan lebih terkawal aksinya ketika sedar diri mereka berada dalam radar JAIS. Tidaklah mereka bebas mengkritik lalu mengabaikan segala batas susilanya.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri bersifat positif dengan para infuencer ini. Dahulu, para infuencer sering bersifat negatif dengan LZS, malah dengan semberono melemparkan pelbagai tuduhan hanya berdasarkan persepsi dan dugaan bahawa LZS tidak adil dan pincang mengagihkan zakat. Kini ia sudah berubah dan LZS menjadikan para infuencer ini sebagai rakan dan sahabat yang baik.

Mereka diberikan kefahaman yang sebenar tentang pengurusan zakat, khususnya etika dalam pengurusan agihan zakat, termasuklah upaya pemalsuan data oleh para pemohon dan banyak sisi ‘kelam’ lain dalam urusan agihan zakat yang sukar dikongsikan. Kesannya, mereka kini membela LZS di Selangor, menjadi infuencer yang bermanfaat.

Dalam perkembangan lain, ramai dalam kalangan asatizah yang berkhidmat secara rasmi di MAIS, JAIS, LZS dan pelbagai agensi lain telah memanfaatkan status infuencer untuk menyebarkan kefahaman agama dengan tampil secara solo di Tiktok, Facebook atau Instagram dan berusaha menjernihkan pelbagai salah faham umat kepada hukum agama dan pengurusan agama. Kesannya, ia telah menghilangkan banyak kesangsian umat kepada pihak berkuasa agama di Selangor, khususnya kepada MAIS dan agensi-agensinya.

Kesimpulannya, menjadi infuencer adalah satu kesempatan membuat amal. Jika infuencer berkongsi kebaikan, misalnya rasa tenang selepas menunaikan zakat dan berkatnya hidup setelah berwakaf, ia pastilah menghasilkan seribu satu kebaikan yang sukar digambarkan, memotivasikan orang lain untuk beramal soleh. Pahala pastinya buat dia.

Namun, jika infuencer tanpa segan silu menanggalkan tudung kepala setelah sekian lama berhijab, dengan alasan enggan menjadi hipokrit bertudung tetapi pada masa yang sama tidak Ikhlas kepada Allah SWT, pastilah ia bencana. Berapa ramai pengikutnya akan keliru dan tidak mustahil, ada yang meniru dengan justifkasi yang tiada asasnya. Kita di Malaysia memang dihadapkan dengan situasi ini. Ia bukanlah khayalan.

Maka, marilah kita menjadi infuencer yang baik. Banyak contohnya di depan mata. ‘Subuh seperti Jumaat’ oleh Alif Satar, memelihara alam seperti Pandawara Grup dan banyak lagi. Infuencer, baik atau buruk akan ada penghisabannya di akhirat sana. Wallahua’lam. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button