Celik Jawi

Siri Belajar Jawi ke 29

Jom Berbahasa Arab Mudah

Assalamua’laikum semua pembaca setia Edisi MAIS. Semoga sihat dan ceria. Bagaimana dengan penggunaan kalimah ‘ahlan wa sahlan’ sebelum ini? Semoga telah berjaya dipraktikkan.

Ingat, bahasa Arab perlu diamalkan agar ia menjadi basahan. Jika malas digunakan, alamat kita tidak akan berjaya menguasainya sampai bila-bila.

Pada kali ini kita akan memperkenalkan kalimah ‘mohon maaf’ atau ‘izinkan saya’. Dalam bahasa Inggeris seringkali ia diungkapkan
dengan kalimah ‘excuse me’. Dalam bahasa Arab ia adalah kalimah ‘lau samahta’ jika diucapkan kepada lelaki atau ‘lau samahti’ jika diucapkan kepada perempuan.

Cuba perhatikan ya:

Contoh penggunaan kalimah ini dalam ayat lengkap ialah:

“Maafkan saya, bolehkah saya tumpang lalu?”

Jika dalam bahasa Arab:

Bunyinya: “Lau samahta, hal yumkinuni al murur?”

Baiklah, bolehlah amalkan dahulu ayat di atas dalam kehidupan seharian ya.
Tambahan: Berikut adalah antara kalimah yang elok kita hafal dan gunakan sehari-hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button