Artikel Khas
Trending

Pengurusan Kebajkan Muallaf di Selangor

Story Highlights
  • Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan muallaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi muallaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013.
  • Sebagai pusat perlindungan muallaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk islam.
  • Sebagai tempat perlindungan muallaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga
  • Sebagai pusat bimbingan fardu ain jangka pendek kepada muallaf
  • Memberi ilmu vokasional kepada muallaf demi sosioekonomi yang lebih baik.
  • Menyusun semula hala tuju muallaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.
  • Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu

Pengurusan kebajikan muallaf bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah memandangkan terdapatnya peningkatan jumlah muallaf saban tahun. Di Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berautoriti dalam mentadbir hal ehwal muallaf. Di samping itu, wujud juga beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) yang turut ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan muallaf. Diperingkat MAIS pula telah melaksanakan pemindahan fungsi perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan agihan, bantuan kebajikan dan pendidikan bagi muallaf di Negeri Selangor kepada Lembaga Zakat Selangor berkuatkuasa pada 1 April 2017. Pemindahan urusan agihan dan bantuan telah direalisasikan dengan pewartaan terhadap pindaan dalam Peraturan-peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan Pengajaran Muallaf (Negeri Selangor) (Pindaan) Tahun 2017 dalam warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U 10 Jil. 70 No. 6 Tambahan No . 7 Perundangan pada 16 Mac 2017.

Pindaan peraturan tersebut selaras dengan pemberian kuasa oleh MAIS kepada LZS bagi menguruskan hal ehwal muallaf di Negeri Selangor. Pemindahan urusan agihan dan bantuan tersebut bertujuan bagi penyelarasan dan pemusatan fungsi dan aktiviti MAIS ke LZS dalam mengatasi permasalahan pertindihan tugas serta menambah baik sistem perkhidmatan pelanggan yang sedia.

Bagi memenuhi keperluan spiritual muallaf, pihak berwajib juga menguruskan pendidikan muallaf melalui kelas-kelas bimbingan, kursus dan bengkel yang dianjurkan secara atas talian atas faktor COVID-19. Pada peringkat permulaan selepas muallaf itu masuk Islam, diwajibkan mengikuti kursus pengenalan kepada agama Islam sekurang-kurangnya selama tiga hingga lima hari. Kursus seumpama ini diadakan sebagai satu platform supaya muallaf mendapatkan pendedahan awal terhadap perkara-perkara asas dalam Islam sama ada dalam bentuk teori mahupun praktikal seperti perkara tauhid, ibadah solat, cara mandi wajib dan lain-lain lagi. Selain dapat mengikat muallaf yang masuk Islam atas kepentingan tertentu seperti perkahwinan dan sebagainya, ia turut menarik minat muallaf untuk terus mendalami agama Islam. Bagi pendidikan berkala secara harian mahupun mingguan, pihak berwajib telah memainkan peranan bagi mengadakan kelas-kelas bimbingan fardu ain kepada muallaf.

Baitus Salam pula merupakan tempat perlindungan yang bersifat sementara kepada asnaf muallaf. Ia bertindak seperti sebuah pusat komuniti kepada muallaf bagi menyusun semula hala tuju seorang muallaf apabila memeluk agama Islam atau ketika ditimpa sesuatu musibah. Ini memberi suatu transformasi kepada kebajikan muallaf di Negeri Selangor. Antara objektif penubuhan Baitus Salam ialah :

  • Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan muallaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi muallaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013.
  • Sebagai pusat perlindungan muallaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk islam.
  • Sebagai tempat perlindungan muallaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga
  • Sebagai pusat bimbingan fardu ain jangka pendek kepada muallaf
  • Memberi ilmu vokasional kepada muallaf demi sosioekonomi yang lebih baik.
  • Menyusun semula hala tuju muallaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.
  • Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kesimpulannya, melalui dana zakat asnaf muallaf, diharapkan penyaluran bantuan kewangan dan kebajikan muallaf termasuklah pemberian wang sagu hati atau insentif pemelukan Islam bagi menarik dan menjinakkan hati saudara baru di samping meringankan tekanan yang dihadapi semasa fasa permulaan masuk Islam dapat membantu menjalani kehidupan beragama. Di samping bantuan berbentuk kewangan, kebajikan muallaf turut diuruskan melalui bantuan perlindungan di rumah penempatan sementara, bantuan pendidikan dengan menanggung kos pengajian muallaf di institusi-institusi terpilih, bantuan kos atau alat perubatan, bantuan perkahwinan dan banyak lagi Moga bermanfaat dan asbab kebaikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button