Gen Q

Ilmu Teras Kecemerlangan Muallaf

Melestarikan pendidikan berterusan bagi melahirkan muallaf yang berilmu.

Ilmu pengetahuan adalah prasyarat dalam membangunkan sebuah negara yang maju dan cemerlang. Ilmu pengetahuan adalah senjata yang paling ampuh dan terbaik untuk mengubah dunia. Ia sangat signifikan dan menjadi kunci kejayaan untuk mencapai keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Setiap insan adalah wajib untuk menuntut ilmu kerana ia adalah cahaya dan hidayah yang menerangi kehidupan manusia dari kegelapan dan kejahilan.

Prof Dr. Syed Naquib Alattas telah mendefinisikan ilmu sebagai ketibaaan makna dalam diri seseorangan yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi.

Di dalam melahirkan muallaf iaitu orang yang ditambat hatinya untuk dijinakkan kepada Islam atau untuk menguatkan mereka terhadap Islam, maka persiapan ilmu dan pendidikan mestilah diutamakan dan
dimantapkan dengan kurikulum dan disiplin ilmu bagi menjamin masa hadapan mereka yang lebih terarah serta dapat membuat anjakan paradigma dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar.

Seminar Antarabangsa Muallaf (ICOM 2019) anjuran Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Lembaga Zakat Selangor yang
telah diadakan pada 23 November 2019 di Shah Alam telah menetapkan resolusi untuk memperkasa muallaf dalam bidang Ilmu dan pendidikan iaitu Melestarikan pendidikan berterusan bagi melahirkan muallaf yang berilmu.

Resolusi ini sangat penting di dalam memperkasakan potensi muallaf di era kontemporari iaitu dengan Ilmu dan Pendidikan. Teras kepada kecemerlangan muallaf adalah berasaskan ilmu melalui pendidikan
formal atau tidak formal. Penyaluran ilmu melalui pendidikan dapat melahirkan muallaf yang berjaya dan menjadi contoh kepada masyarakat dan agama. Pendidikan juga merupakan jambatan kepada
kecemerlangan muallaf. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang itu maka peluang yang lebih besar untuk berjaya di dalam kehidupan serta dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan di dalam ajaran Islam.

Hakikatnya ilmu dan pendidikan amat penting kerana mampu melengkapi muallaf dengan minda yang progresif dan optimis untuk menguasai pelbagai bidang yang dipelajari khususnya bidang pengajian Islam. Perkara ini amat penting untuk muallaf mengorak langkah membina masa hadapan yang cerah dan dapat menutup segala kebejatan yang sering menghantui muallaf selepas memeluk agama Islam. Muallaf mestilah memastikan matlamat menuntut ilmu adalah jelas di antaranya:

  1. Niat yang ikhlas. Belajar hanya kerana Allah SWT semata-mata bukan kerana kebendaan. Berharap dengan ilmu yang dipelajari dapat memperbaiki diri yang jahil dan dapat menyebarkannya kepada orang lain.
  2. Bersedia berkorban. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk berkorban dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan.
  3. Sumber yang Berautoriti. Memastikan setiap Ilmu yang dipelajari jelas dari siapa, apa dan dimana. Ini bagi memastikan trek pengajian ilmu berjalan di atas landasan syariah bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith.
  4. Mengamalkan ilmu. Hal ini menjelaskan bahawa semakin berilmu yang dimiliki oleh seseorang maka semakin banyak amalan yang dilakukan. Bukan sekadar di dalam kelas atau kerana sehelai sijil
    tetapi penghayatan terhadap ilmu akan meningkatkan ketaqwaaan dan hidayah di dalam kehidupan.
  5. Berdoa kepada Allah. Sebaik-baik pertolongan adalah daripada Allah agar dipermudahkan dan diberikan kekuatan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepanjangkan perjalanan ilmu
    dengan kefahaman dan penghayatan.

Adalah sangat penting untuk muallaf memandang serius terhadap kepentingan menuntut ilmu dan menggunakan peluang pendidikan yang ada untuk belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi agar
dapat melakar kegemilangan pada masa hadapan. Semua pihak haruslah memainkan peranan dalam memastikan kerancakkan penyebaran ilmu pengetahuan yang meluas kepada setiap muallaf.

Bagi melahirkan muallaf yang cemerlang dan menjadi harapan kepada mmah peranan institusi pendidikan sangat penting dalam mencorak pemikiran dan peradaban. Bermula dari pihak berwajib, swasta dan NGO. Oleh yang demikian KUIS telah mengambil tanggungjawab untuk menawarkan dan menyediakan landskap pengajian yang holistik khususnya kepada muallaf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. KUIS bersedia menyediakan ruang dan peluang untuk muallaf khususnya anak-anak muallaf untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dengan bantuan pembiayaan daripada embaga Zakat Selangor dan Pusat Zakat KUIS.

Firman Allah yang bermaksud “Supaya Allah SWT meninggikan darjat rang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
(al-Mujadalah: 11)

Memetik pesanan Ulama tentang kepentingan Ilmu “Sesungguhnya ebahagiaan dan keceriaan itu datang bersama ilmu pengetahuan.

Sekiranya anda mengingini kebahagian, maka tuntutlah ilmu, carilah lmu pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaatnya, nescaya hilanglah segala kesedihan, kepedihan dan kecemasan” dan “Tuntutlah ilmu
sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat”.

Kesimpulannya ilmu itu sangat berharga dan teras kecemerlangan uallaf. Semangat menimba ilmu mestilah sentiasa diperkasakan. Ambil kesempatan bukan mencipta alasan. Ilmu itu tidak akan diperolehi
sekiranya tidak dicari dan dipelajari. Menuntut ilmu merupakan ketaatan yang tertinggi dan ibadat yang paling mulia serta membina kemuliaan yang tertinggi di sisi Allah.. Yakinlah dengan ilmu dan pendidikan kita bersedia memikul tanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah Allah di uka bumi. #cintailmu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button