Jendela Mahkamah

Perebutan Hak Penjagaan Anak Muallaf

Bila berbicara berkaitan hak penjagaan anak, ia merupakan permasalahan rumah tangga yang berlaku ketika itu. Pelbagai tohmahan yang dilalui oleh ibu bapa dalam melayari mahligai rumah tangga, yang menjadi mangsa dalam permasalahan ini adalah anak itu sendiri.

Permasalahan ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa mendalami ilmu melayari rumah tangga itu dengan baik sekali. Memahami anak bukanlah mudah. Ia memerlukan proses pembelajaran dan perjalanan pengalaman yang tiada nilainya.

Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah merupakan elemen yang sangat penting. Pegangan agama adalah tonggak kepada cerminan kebahagiaan rumah tangga. Proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh di timba dalam kehidupan seharian berumah tangga. Kebahagiaan dan keberkatan akan datang sekiranya rumah tangga bahagia.

Dalam isu hak penjagaan anak yang melibatkan penceraian, akan menyebabkan perebutan hak penjagaan anak. Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan seorang ibu yang memeluk Islam untuk kebenaran membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Persekutuan dengan memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya kepada bekas suami yang beragama Buddha.

Dalam kes ini, terdapat banyak isu yang kemungkinan akan berlaku misalnya tuntutan nafkah iddah, nafkah anak, mutaah, harta sepencarian dan yang sering menjadi rebutan pasangan yang sudah bercerai adalah hadhanah. Tuntutan hadhanah atau hak jagaan anak yang akan menjadi lebih sukar sekiranya ia melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam. Hal ini terjadi apabila salah seorang pasangan bukan
Islam tersebut memeluk agama Islam dan menuntut hak jagaan anak.

Dalam Islam, pandangan ulama juga menjadi rujukan utama kepada sesuatu perkara. Pandangan Iman al-Imraniyy dari Mazhab Shafie: Imam al-Imraniyy (2000) menjelaskan di dalam kitabnya “al-Bayan Fi Madhhab al-Imam al-Shafie”:

Maksudnya, “Tidak sabit hak penjagaan anak bagi orang fasik, kerana tidak ada jaminan keselamatan yang kanak-kanak itu akan membesar mengikut caranya. Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa itu adalah beragama Islam, maka anak tersebut diberikan kepada yang beragama Islam, dan tidak sabit hak penjagaan kepada orang kafir”

Seterusnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-87 memutuskan bahawa:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

Berdasarkan kepada hukum syarak, hak penjagaan kanak-kanak itu sekiranya berlaku penceraian, agama anak-anak tersebut kembali kepada ajaran Islam.

Antara kes-kes yang berkaitan dengan isu di atas adalah kes Subashini Rajasingam Lawan Saravanan Thangathoray. Suami iaitu Saravanan telah memeluk agama Islam dan dia juga turut mengislamkan anak sulungnya yang pada ketika itu berusia 4 tahun. Isterinya, Subashini, membantah tindakan Saravanan yang telah mengislamkan anak lelakinya kerana tidak mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ayah kepada kanakkanak tersebut berkuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa
agama seseorang yang berada di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

Oleh disebabkan itu, dalam kes ini, secara tidak langsung ayah tersebut berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun tanpa persetujuan daripada ibu anak tersebut.

Bila mana dipraktikkan di Negara Malaysia, peruntukan undang-undang semasa akan menentukan hak penjagaan dan status agama anak-anak tersebut. Begitu juga di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS ada menyediakan nasihat bantuan guaman syarie yang membolehkan pelanggan mendapatkan nasihat berhubung tatacara perundangan seperti tuntutan nafkah iddah, nafkah anak, mutaah, harta sepencarian dan yang sering menjadi rebutan pasangan yang sudah bercerai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button