Jendela Mahkamah

JAGA TINGKAH LAKU, JAGA PERBUATAN

Orang Islam hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku dan perbuatan. Sebab apa? Sebab Agama Islam melarang melakukan perbuatan yang tidak mengikut syariat. Setiap larangan sudah pasti ada hukumannya. Hukuman bagi orang Islam yang melanggar hukum syarak pada hari ini dilaksanakan mengikut hukuman takzir. Di Negeri Selangor hukuman takzir bagi orang-orang Islam yang melanggar hukum syarak dilaksanakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu undang-undang tentang kesalahan-kesalahan Syariah, dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.

Oleh

Ustazah Maryam Binti Md Zin (maryam@jais.gov.my)
Penolong Pengarah Penyelidikan, JAIS

KESALAHAN

Pelacuran
Muncikari
Persetubuhan luar nikah
Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah
Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii

HUKUMAN

Denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

KESALAHAN

Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

HUKUMAN

Denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

KESALAHAN

Khalwat

HUKUMAN

Denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

KESALAHAN

Lelaki berlagak seperti perempuan
Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

HUKUMAN

Denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengkomitkan orang yang disabitkan bersalah ke pusat pemulihan atau rumah diluluskan. Seksyen 54 (2) dalam Enakmen ini menyatakan jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah Bahagian IV, Mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang perempuan itu dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Bagi tujuan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menubuhkan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan untuk menguruskan perkhidmatan perlindungan, pemulihan, dan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah. Selain daripada perintah mahkamah, wanita Islam yang melakukan jenayah kesusilaan boleh mendapatkan perkhidmatan pusat ini secara sukarela. Manakala wanita dan lelaki Islam lain yang tersilap langkah melakukan perbuatan bertentangan dengan kesusilaan Islam boleh mendapatkan bimbingan dan pemulihan di rumah Persatuan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) atau rumah pemulihan al-Riqab yang menjadi sahabat MAIS.

Justeru, orang Islam sentiasa perlu berwaspada dalam setiap perbuatan dan tingkah laku. Jangan sesekali mengkritik dan merendah-rendahkan undang-undang dan hukuman kerana matlamat undang-undang Islam adalah untuk mengatur tindakan manusia agar selaras dengan ajaran Islam dan nilai-nilai Islam apatah lagi antara lain matlamatnya ialah membentuk akhlak individu dan masyarakat. Ini termasuk menggalakkan amalan kebajikan, mengelakkan maksiat, dan mempromosikan nilai-nilai seperti kejujuran, kesetiaan, dan kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button