1/2023Fiqh Kontemporari

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Kepemimpinan adalah amanah yang cukup berat sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini selaras dengan kewajipan sebagai khalifah di atas muka bumi ini yang Allah kurniakan kepada manusia dengan misi membangun dan memakmurkan bumi yang terbentang luas ini. Perlu diinsafi, Islam menganggap bahawa setiap manusia sama ada lelaki mahu pun perempuan secara umumnya adalah seorang pemimpin. Paling minimumnya ialah setiap orang adalah pemimpin terhadap dirinya sendiri dan yang paling tinggi sekali ialah tanggung jawab seorang pemimpin terhadap rakyat bawahannya.

Oleh: Hasal Bin Senin (hasal@mais.gov.my)

Pembantu Eksekutif, Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS

Oleh: Hasal Bin Senin (hasal@mais.gov.my)
Pembantu Eksekutif, Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS

Kepemimpinan adalah amanah yang cukup berat sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini selaras dengan kewajipan sebagai khalifah di atas muka bumi ini yang Allah kurniakan kepada
manusia dengan misi membangun dan memakmurkan bumi yang terbentang luas ini. Perlu diinsafi, Islam menganggap bahawa setiap manusia sama ada lelaki mahu pun perempuan secara umumnya adalah seorang pemimpin. Paling minimumnya ialah setiap orang adalah pemimpin terhadap dirinya sendiri dan yang paling tinggi sekali ialah tanggung jawab seorang pemimpin terhadap rakyat bawahannya.

Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya;

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Membicarakan soal kepimpinan,Saidina Umar al-Khattab pernah berkata;

“Kalau ada seekor anak kambing mati kehausan di tebing Sungai Furat (kerana tidak sempat sampai ke sungai untuk minum air), sudah tentu aku takut Allah akan menghisab Umar (sebagai
khalifah) kerana hal tersebut.”

Demikian tanggungjawab kepimpinan yang ditekankan oleh Islam bagi setiap orang yang bergelar pemimpin. Dalam Islam, jawatan atau kedudukan bukanlah ‘tasyrif’ atau kemuliaan tetapi ‘taklif’ atau tanggungjawab yang akan dipersoalkan. Ia bukanlah untuk bermegah, jauh sekali untuk bersenang-lenang atau bermewah-mewah. Kedudukan hadir bersama tanggungjawab
yang amat berat yang akan dihisab di akhirat kelak. Kerana itu, jawatan tidak boleh sesekali diminta, namun apabila diminta (oleh ahli atau masyarakat), tidak boleh pula untuk ditolak.

Dalam konsep kepimpinan Islam, seseorang yang tidak meminta atau berhajatkan jawatan, dia akan dibantu oleh Allah, diberkati akan kerja buat atau usahanya, serta dipermudahkan gala
urusannya. Salah satu tanda keberkatan itu ialah dengan peluang dan hasil yang melimpah ruah yang jika dibandingkan dengan keupayaan ataupun usaha mungkin tidaklah sekuat
mana. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang ikhlas, bertanggungjawab, tawaduk serta selalu meminta dan merujuk kepada-Nya, bukan yang takbur dan ujub akan kekuasaannya.

Fahaman Sekular mempengaruhi masyarakat untuk melihat politik atau kepimpinan semata-mata ruang untuk mendapat habuan dunia, bukan untuk memikul tanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat hidup sejahtera dengan mendapat keredaan dan barakah daripada Allah. Setelah sekian lama, sampai masa untuk sekalian kita bermuhasabah. Bukan sahaja pemimpin, kita rakyat jelata juga tidak terlepas daripada hisab di akhirat. Kembalillah kepada prinsip Islam dalam memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang tidak mengejar kedudukan untuk bersenang lenang tetapi atas rasa tanggungjawab kepada Allah dan sesama manusia.
Jika seseorang itu dikira paling layak dengan ilmu, kredibiliti dan integriti dirinya, namun dia menolak hajat orang ramai untuk memimpin mereka, dia juga dikira tidak bertanggungjawab.

Sebab itu, Saidina Umar ketika diminta untuk menggantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq, telah menghunus pedang dengan berkata;

‘kalau aku bengkok, luruskan aku dengan pedang dan jika kamu bengkok, aku juga akan meluruskan kamu dengan pedang ini.’ Untuk akhirnya, marilah kita hayati sabdaan Nabi SAW berkaitan kelebihan dan ancaman kepada pemimpin seperti berikut; Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda; “Tujuh golongan yang dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya; pemimpin yang adil,…..” (HR Bukhari) dan hadis;

“Tidaklah seseorang diamanahkan memimpin sesuatu kaum kemudian dia meninggal dalam keadaan berkhianat terhadap rakyatnya, maka diharamkan baginya Syurga” (HR Bukhari dan Muslim)
Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button