1/2023Gen Q

Memperkasa Generasi Muda Pewaris Ummah

Penjanaan generasi muda yang terbangun di atas dinamik ketakwaan, keimanan, keilmuan dan ketinggian sahsiah berpaksikan aqidah dan syariah sangat mendominasi generasi pewaris Ummah. Generasi muda yang berjaya adalah pemimpin terbaik menerajui kejayaan Ummah. Jika rosak atau koyak, maka pincanglah kepimpinan Ummah.

Oleh: Halim Bin Mokhtar (halim@kuis.edu.my)

Jabatan Dakwah dan Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS)

Ironinya bukan mudah untuk melahirkan generasi muda berkualiti ketika dunia sarat dengan teknologi yang membunuh jiwa dengan virus hedonisme, liberalisme dan pelbagai fahaman
yang merosakkan. Justeru itu beberapa tindakan berterusan melalui konsep 5M di dalam memperkasa generasi muda sebagai pewaris ummah iaitu

1 MANTAP PEGANGAN AQIDAH DAN SYARIAH Mesti memiliki pegangan aqidah dan penghayatan syariah yang teguh.
Pendorong utama untuk melakukan amal kebajikan dan tanggungjawab. Kepatuhan kepada syariah menjadi benteng kepada pembinaan generasi muda dan menjaga hubungan dengan Allah agar sentiasa awareness dengan suruhan dan larangan agama pada setiap masa dan ketika.
Dapat membentuk sahsiah terpuji, integriti yang tinggi dan berfikiran rasional dapat membezakan baik dan buruk serta tidak akan mudah terpengaruh di dalam kebejatan sosial
yang menyenakkan. #Islam is way of life

2 MANTAP AKHLAK DAN JATI DIRI Mesti memiliki akhlak yang mulia dalam pertuturan dan perbuatan. Islam telah meletakkan bahawa insan terbaik adalah yang paling baik
akhlaknya. Generasi berakhlak mulia akan memberi faedah dan rahmat kepada seluruh alam sesuai dengan pengutusan Rasulullah SAW yang dapat melahirkan komuniti yang mengutamakan perpaduan dan keharmonian. Dengan sifat mulia seperti lemah lembut, sedia membantu, tenang,
bersyukur, menghormati sesama insan dan tidak memiliki sifat yang tercela pastinya Ummah akan menjadi bahagia dan harmoni. #Integriti sahsiah terpuji

3 MANTAP INTELEK DAN KEMAHIRAN Mesti memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Sifat mengutamakan ilmu dan pendidikan perlu dibudayakan. Penguasaan ilmu mampu melahirkan manusia yang bertindak secara rasional, benar dalam tindakan dan tidak melakukan perbuatan yang menyimpang daripada kehendak syariat serta menyumbang kebaikan Ummah. Sentiasa melakukan program berfaedah kepada pembinaan sahsiah dan ummah. Kecemerlangan akademik adalah elemen utama dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti dan proaktif di samping menimba ilmu dalam arus pemodenan yang telah memungkinkan segalanya di hujung jari melalui pelbagai wahana secara hardcopy atau softcopy bersemuka atau secara virtual. #Knowledge is power

4 MANTAP ROHANI DAN JASMANI Mesti memiliki jiwa dan mental yang padu. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah, menguasai keyakinan, kebolehan diri, bersedia untuk bersaing dan tidak mudah mengalah. Memiliki kekuatan rohani dan jasmani dalam membangunkan Ummah dan
bersedia menempuhi segala kekangan. Alaf yang penuh dengan kompetitif dan tribulasi sentiasa bersemangat waja tanpa mengenal istilah putus asa dan kecewa. Amalan gaya hidup sihat dari aspek pemakanan seimbang, menjaga kebersihan dan persekitaran, bersukan dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial yang negatif. #Badan Sihat, Akal Cerdas

5 MANTAP IDEALISME DAN KEPIMPINAN Mesti memiliki idealisme yang berfikiran kritis, berjiwa kental dan paradigma yang berkait rapat dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan, kebenaran dan kesempurnaan. Dihubungkan dengan corak kepimpinan pastinya lebih hebat dari sudut peribadi, akhlak dan amanah serta diimbangi dengan realiti semasa. Penghayatan idealisme perjuangan berteraskan Islam mampu membangunkan generasi muda yang berjiwa besar dan sedia berkorban. Realitinya membangunkan karakter pemimpin yang soleh adalah sangat penting bagi membangun komuniti yang mengutamakan perpaduan dan keharmonian. #Islam Memimpin

Hakikatnya memperkasa generasi muda adalah suatu agenda Ummah yang perlu sentiasa dimantapkan dan dimurnikan dengan ilmu dan kemahiran kontemporari. Bermula daripada diri individu, keluarga, komuniti dan pemimpin bersedia untuk membangun generasi muda yang hebat. Yang Tua dihormati dan yang Muda dikasihi. Sinergi di antara dua generasi ini sangat
penting di dalam melahirkan generasi pewaris ummah. Seperti pepatah Arab ‘Hikmatu syuyukh, hammasatu syabab’. Hikmah orang tua, Semangat orang muda. #selagi bernyawa. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button