4/2022Kemusykilan Umat

Apa Itu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia adalah agama yang bersulamkan keimanan dan perbuatan (amal). Keimanan itu merupakan akidah dan pokok yang di atasnya berdiri syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am ayat 116 yg bermaksud:

“Jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau daripada jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”. (Al-An’am: 116)

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang dominan di kalangan masyarakat Islam hampir di seluruh dunia khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk di negara Malaysia dan di antara negara yang menjadikan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa  Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah menetapkan bahawa “Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak”. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasal daripada dua patah perkataan iaitu “ahl al-Sunnah” dan “al-Jamaah” yang memberi maksud golongan yang mengikuti pegangan Nabi Muhammad s.a.w. atau mengikuti jalan hidup Baginda s.a.w. dan jamaah para sahabat terutamanya para khulafa’ alRasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi s.a.w. serta para sahabat Baginda s.a.w. 

Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil dan dirumus oleh ulama berdasarkan riwayat hadis. Daripada Abdullah bin Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada tujuh puluh dua (72) kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1) kelompok. 

Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para sahabatku”. (Riwayat at-Tirmidzi). Berdasarkan riwayat hadis tersebut dan riwayat-riwayat lain yang seerti dengannya, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikut sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu pegangan yang berakar umbi dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda.

Kemudian, disusun dengan lebih bersistem dan teguh oleh dua tokoh imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu al-Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. 

Antara ciri-ciri pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

Oleh itu, sebarang usaha untuk memasukkan ajaran dan fahaman yang berlainan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berlainan daripada pengamalan biasa masyarakat Islam di negara ini dibimbangi akan memecahbelahkan masyarakat, mengacau-bilaukan kestabilan serta keharmonian negara.

Sebarang ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah dan menyeleweng daripada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah dicegah dan dijauhi sebagaimana yang difatwakan oleh Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh Malaysia. Segala ajaran dan fahaman baru yang mengelirukan perlulah dirujuk kepada Jabatan Mufti negeri-negeri dan para alim ulama bertauliah serta institusiinstitusi Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button