Kebajikan Pesakit HIV/AIDS Muslim Terbela Di Darul Ukhwah
Darul Ukhwah merupakan sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada pesakit-pesakit HIV muslim. Ianya bernaung di bawah Yayasan Al-Ijabah yang memulakan operasi pada tahun 2009.
Sehingga Ogos 2023 seramai 55 orang pesakit HIV/AIDS menjalani pemulihan dan rawatan dengan kerjasama dan sokongan penuh dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Rumah ini juga juga mendapat bantuan penuh dana operasi daripada MAIS dan LZS melalui peruntukan asnaf riqab.
Bermulanya sejarah penubuhan rumah ini adalah semasa Ustaz Muhamad Abdullah Amin menerima jemputan ceramah di gereja untuk pesakit HIV/ AIDS Muslim di bawah jagaan mereka. Niat murni beliau untuk membawa keluar mereka dari gereja telah menjadi titik bermulanya penubuhan rumah kebajikan pesakit AIDS Muslim yang pertama di Malaysia iaitu Darul Ukhwah.
Melalui pertemuan pertama kali di gereja, Ustaz Muhammad Abdullah Amin bertekad dan berusaha mengeluarkan pesakit muslim dan menubuhkan rumah pemulihannya sendiri. Beberapa siri mesyuarat bersama MAIS telah dilaksanakan bersama pegawai-pegawai di Bahagian Pemulihan Riqab dalam usaha untuk mengeluarkan pesakit muslim dari gereja tersebut sehingga menempatkan mereka ke tempat yang baru.
Alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat, maka rumah Darul Ukhwah Al-Ijabah berjaya ditubuhkan. Pesakit-pesakit muslim berjaya dipindahkan dari gereja tersebut ke rumah Darul Ukhwah Al-Ijabah.
Pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan dirancang dan diadakan. Penglibatan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai pihak terutama MAIS dan pihak yang lain dapat menguatkan lagi azam pihak pengurusan untuk menyusun pelbagai aktiviti bagi manfaat dan kebaikan penghuni.
Oleh itu, sebagai usaha untuk mengurang atau menghilang stigma masyarakat kepada pesakit-pesakit HIV, pihak pengurusan Darul Ukhwah sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti program bagi mendekatkan masyarakat kepada penghuni-penghuni Darul Ukhwah dan seterusnya mengikis sikap diskriminasi masyarakat daripada terus membelenggu golongan ini.
TONGGAK ASAS PENTADBIRAN DARUL UKHWAH