NGOi

Anak Istimewa

anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT kepada hambanya. Anak juga menjadi saham akhirat buat ibu bapanya kerana salah satu amalan pahala yang sampai kepada simati adalah doa anak yang soleh. Namun, lain pula bagi anak istimewa atau anak berkelainan upaya merupakan anak syurga yang dianugerahkan kepada ibu bapa yang terpilih.

Oleh

Mohammad Salleh Bin Abdul Saha (salleh@mais.gov.my)
Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran

Bagi pasangan yang mempunyai anak istimewa, maka ia merupakan ujian Allah kepada umatnya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta” (Surah al-‘Ankabut ayat 2-3). Sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT dengan
sentiasa mengadu dan bergantung harap kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu rezeki pun yang Allah berikan kepada seseorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar” (Riwayat Al-Hakim).

Beberapa saranan dan kaedah kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa iaitu

I. RAWATAN : Diagnosis anak dan dapatkan rawatan dari Doktor pakar secara berkala untuk menilai kesihatan anak istimewa
II. FAHAMI KONDISI : Memahami tingkah laku anak dan kondisi anak yang berbeza daripada anak-anak normal
III. POSITIF : Sentiasa berfikiran positif bahawa anak-anak Syurga ini sentiasa memberi keberkatan dalam hidup kita
IV. SEKOLAH KHAS : Daftarkan anak-anak istimewa ke sekolah khas untuk memastikan mereka tidak keciciran dan melihat kelebihan di sebalik kekurangan anak ini.

Ada beberapa NGO yang menguruskan anak-anak istimewa ini antaranya Yayasan Faqeh. Yayasan ini merupakan NGO OKU Muslim ditubuhkan pada 7 Februari 2013M bersamaan 26 Rabiul Awwal 1434H dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Objektif penubuhan adalah memberi peluang kepada anak-anak istimewa untuk menerima Pendidikan agama yang berteraskan maqasid Syariah.

Pelbagai program dan aktiviti yang dilakukan oleh Yayasan ini bagi memberi ilmu yang bermanfaat buat anak-anak istimewa. Pertubuhan seperti ini perlu dibanyakkan lagi bagi menjaga kebajikan anak-anak istimewa dalam memberikan hak kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Semoga ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa diberi kesabaran dan ganjaran pahala berlipat kali ganda dalam menjaga kebajikan mereka. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button