Fokus

JANGAN RACUNI UMMAH JANGAN RACUNI UMMAH DENGAN FITNAH

Fitnah menjadi budaya? Hakikatnya, perbuatan memfitnah sudah pun berlaku dalam kalangan manusia sejak zaman berzaman. Jangankan manusia biasa, A’isyah r.ha isteri nabi juga pernah difitnah. Fitnah dibuat oleh mereka yang dengki. Apabila tiada peluang untuk menjatuhkan seseorang, maka fitnah direka. Matlamat hanya satu, iaitu agar orang yang difitnah jatuh. Dosa ditolak ke tepi. Hukuman dunia dipejamkan mata. 

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) 

Di Malaysia, kes saman fitnah semakin menjadi-jadi setiap tahun. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penulis terhadap pelbagai media massa utama di Malaysia, ia amat membimbangkan. Mari lihat carta di bawah.

Jelas, kes saman fitnah meroket. Mengikut analisis, trend peningkatan ini berlaku secara konsisten, terutama pasca-PRU, dan seiring dengan penggunaan media sosial, TikTok, Facebook dan podcast berkaitan politik dan agama. Banyak kes fitnah juga berpunca daripada hantaran digital dan kemudian dibawa ke mahkamah.

Sekarang, mari kita lihat carta bar di bawah pula, dan kita akan dapati bahawa kes saman fitnah yang dilaporkan melibatkan hampir semua golongan. Juara kes ini, sudah pasti golongan politikus; namun ia turut melibatkan agamawan.

Jadi, apakah punca budaya fitnah kian menjadi-jadi? Apakah semua pihak yang berwajib memejamkan mata? Apakah pula peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)? Bagaimanakah fungsi agensi Islam di Selangor dalam mendepani fitnah ini?

Edisi kali ini cuba menyelami dan menyajikan beberapa pandangan dan solusi ringkas agar ia dapat ditangani dengan cermat dan bijaksana. Ia menepati peranan MAIS sebagai payung umat yang melindungi kita daripada racun fitnah yang berbisa. Selamat membaca. Edisi

Related Articles

Back to top button