1/2023NGOi

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor ini mula di bina pada tahun 1983. Ia merupakan lambang keagungan dan kegemilangan Islam khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya. Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Mac 1988 bersamaan dengan 23 Rejab 1498 Hijrah.

Disusun Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS

Rujukan: www.mssaas.gov.my

Masjid yang berkeluasan 14.6 hektar ini mempunyai ciri seni bina yang menarik dengan berkonsepkan Islam dan Melayu Asli menunjukkan kegemilangan Islam mula meluas pada ketika itu. Antara fakta pembinaan Masjid ini ialah:

a. Masjid terbesar di Malaysia

b. Kubah Masjid yang terbesar di Malaysia c Menara tertinggi di Malaysia

c. Menara tertinggi di Malaysia

d. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai RM2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu; dan

e Struktur Masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli. 

 

Kini Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mempunyai Pengurusan Pentadbiran yang terdiri daripada Pentadbiran & Kewangan, Informasi & Penerbitan, Pengimarahan, Pengajian & Pendidikan dan Pusat Pembangunan Sosial. Pengurusan Pentadbiran di Masjid ini diketuai oleh Imam Besar, Ustaz Muhammad Farhan bin Wijaya.

Masjid ini juga turut menerima kunjungan daripada luar yang ingin melihat keindahan bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Shah ini. Antara pengunjung dari luar negara yang hadir ialah pengunjung daripada Jepun, Australia, Indonesia dan pelbagai lagi.

Selain itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga dijadikan pusat pengimarahan aktiviti-aktiviti keagamaan termasuk menjadi tempat Kursus Haji Perdana sebagai persiapan kepada bakal Haji khususnya bakal haji di Negeri Selangor. Edisi

visi

Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat

misi

Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid di dalam negeri Selangor yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button