NGOi

Global Unity Network

Story Highlights
  • Fundamentals And Basics Of Interfaith
  • Unity Friendly Outreach (UFO)
  • Jom dekati yang jauh (Versi Doodle).
  • Siri Rangsangan Dakwah - Fb Live.
  • Kelas Muqaddam Online Untuk Muallaf
  • Kursus Gempak Berceramah
  • Program Bantuan Kebajikan COVID-19.

Global UNITY Network (UNITY) yang ditubuhkan pada 28 Mac 2015 adalah sebuah NGO Islam yang terlibat secara langsung melatih Muslim untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat dengan cara yang berhemah dan bijaksana. UNITY juga seringkali menganjurkan ‘interfaith engagement’ dengan ketua-ketua agama lain, lawatan ke rumah-rumah ibadah, latihan di luar negara selain program dan aktiviti kerjasama untuk memudahkan kefahaman tentang Islam.

Moto UNITY ialah “Perpaduan Melalui Pengetahuan” UNITY berhasrat untuk menggalakkan perpaduan walaupun berbeza latar belakang dan kepercayaan melalui pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain. UNITY percaya bahawa pemahaman yang bersifat kontemporari akan dapat mengurangkan salah tanggapan dan prasangka yang salah dalam masyarakat. Objektif UNITY adalah seperti berikut;

  1. Memantapkan ‘soft-skill’ serta pengetahuan dalam bidang dakwah di kalangan kader.
  2. Berdepan isu-isu kontemporari secara proaktif.
  3. Menghasilkan tenaga pengajar (Trainer) yang akan melatih orang awam berkenaan teknik mengendali urusan berkaitan dengan dakwah.
  4. Menghasilkan tenaga kader sukarelawan terlatih kepada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan muallaf dan gejala murtad.
  5. Semoga usaha murni ini yang dirancangkan ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat sama
    ada secara langsung atau tidak langsung bagi mencapai objektif menyampaikan Islam kepada semua.

Seperkara yang menarik dan menjadi kekuatan kepada Global Unity Network dalam misi dakwahnya adalah program UFO atau dikenali sebagai Unity Friendly Outreach. UFO adalah satu platform untuk alumni FBI turun padang/praktikal setelah selesai kursus Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI). Program ini dilakukan
dengan kaedah turun padang untuk berjumpa dengan saudarasaudara Non-Muslim iaitu dengan memberi pemahaman tentang Islam dengan cara yang berhikmah, mempromosi perpaduan dan keharmonian serta membina hubungan antara pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Dengan makna lain program ini juga
seperti berkonsepkan Street Dakwah, tetapi telah diubahsuai menjadi lebih harmoni dan penuh kasih sayang. E

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button