1/2023Isu

MUAFAKAT DI MASJID, APA KATA MEREKA?

Edisi sempat menemu bual beberapa tokoh setempat

Oleh: Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)

Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Zon Aman dan Bebas

“Masjid adalah zon aman dan bebas dari sebarang politik kepartian dan menjadi pusat ilmu, ibadah dan penyatuan. Patuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak JAIS. AJK kena adakan program-program untuk menarik masyarakat dan amalkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur. Penceramah jemputan dipastikan bebas elemen perpecahan. AJK juga tidak boleh terlibat memviralkan apa yang salah, sentiasa memberi nasihat kebaikan dan menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.”

USTAZ MUHAMMAD HALIM BIN ZAMRI
Pengurus dan Imam 1, Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan,
Petaling Jaya, Selangor

Masjid Tempat Mendidik dan Musyawarah

“Masjid harus menjadi pusat mendidik masyarakat dan medan bermesyuarat bagi membincangkan isu-isu dan merangka aktiviti buat masyarakat. AJK masjid juga kena selalu berbincang agar keputusan yang diambil bersifat kata sepakat. Selain itu, AJK juga mesti professional bila
berdepan dengan individu yang cuba mengeruhkan keadaan dan menanganinya dengan berhikmah. Dengan mengamalkan adab dan akhlak Islam, maka masjid mampu menyatukan masyarakat Islam.”

PUAN ROSNAH BINTI ABDUL HALIM
Penolong Amil Masjid Muttaqin, Sg. Udang, Kelang, Selangor.

Menjadi Pusat Pembangunan Insan

“Masjid perlu menjadi pusat pembangunan insan dan sumber maklumat kepada masyarakat Islam setempat. AJK kena mewujudkan persefahaman dan muafakat, saling membantu dalam urusan kebajikan.
Jika ada perpecahan, AJK kena mencari solusi dan mendamaikan sebelum menjadi lebih parah. Kita juga kena kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, misalnya menguasai adab pergaulan dan bekerjasama, berlapang dada dan bermaafan bila berselisih pendapat.

HAJI MUZAMMIR BIN BAKRI
Timbalan Nazir, Masjid ar-Rahimah, Greenwood, Gombak

Pusat Kaunseling, Kewangan dan ‘Food Bank’

“Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi medan menyatukan umat, menyebarkan ilmu, memberikan nasihat, khidmat kaunseling, mendamaikan orang yang berkonflik dan memberikan bantuan kewangan dan ‘food bank’. Masjid harus memupuk budaya muafakat dengan anak-anak kariah dan membuka seluas-luasnya peluang mereka menyalurkan idea dan tenaga. AJK juga perlu sering mendampingi masyarakat, dan melestarikan amalan salam dan bertegur sapa yang baik.”

HAJI WAN JABARUDIN BIN WAN HASSAN
Nazir Masjid al-Khairiyah, Bandar Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Masjid Sebagai ‘One Stop Centre’

“Masjid perlu menjadi ‘one stop centre’ bagi masyarakat mendapatkan ilmu, kewangan kecemasan, kaunseling dan lainlain. AJK masjid juga kena mengajak masyarakat untuk samasama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan dan saling memupuk silaturahim yang baik sesama masyarakat.
AJK perlu mengajak masyarakat ke masjid agar mereka dapat menekuni majlis-majlis ilmu dan sekali gus meningkatkan kefahaman dalam agama Islam.”

HAJI AEZMAN BIN SHARUDIN
Pengerusi Surau Jumaat, Antara Gapi, Hulu Selangor, Selangor.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa datang ke masjidku ini, tidak lain kecuali untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka dia bagaikan mujahid di jalan Allah, sedangkan yang datang untuk selain itu maka bagaikan orang yang cuma melihat-lihat harta orang lain.”
(HR. Ibnu Majah dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam al-Misykat). Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button