Isu

FITNAH: PUNCA TERJADI DAN PUNCA TERJADI DAN KAEDAH MENANGANI

Nyata, fitnah adalah jelmaan sifat hasad seseorang terhadap pihak lain. Hasad dengan kejayaan orang, kekayaan, kecantikan, kebahagiaan dan sebagainya.

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) 

Bagi mereka yang gagal mengawal nafsu dan amarah, maka hasad itu akan berubah menjadi tindakan berbahaya. ‘Andai aku gagal, engkau juga gagal!’ Itulah naratifnya. Berikut adalah antara punca fitnah.

01. Agenda Politik dan Perebutan Kuasa.

Ya, fitnah sering dijadikan sebagai “senjata politik” untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan demi mempengaruhi persepsi, mencetuskan kebencian dan mengalihkan dan mencuri perhatian.

02. Kepentingan Komersial dan Digital.

Dalam perang ekonomi digital hari ini, sebahagian besarnya dipacu oleh perhatian netizen. Maka
jumlah klik, tontonan, dan perkongsian amat diperlukan. Di sinilah, isu sensasi, provokatif, atau
hantaran berbaur fitnah sengaja dicipta sebagai umpan untuk meraih trafik yang tinggi.

03. Hasad Dengki, Dendam, dan Kepuasan Peribadi.

Gejala negatif ini berakar umbi daripada emosi negatif terhadap pencapaian, reputasi, atau kedudu
kan orang lain. Maka, memusnahkan jenama peribadi atau korporat seseorang akan mendatangkan
kepuasan psikologi kepada si pelaku, biarpun kesannya buruk sekali.

Jadi, apakah tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh agensinya dalam mendepani racun fitnah ini?

1. Masjid & Surau

MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh memanfaatkan ribuan masjid dan kewujudan AJK-nya sebagai wadah rasmi anti fitnah di Selangor.

2. Pemerkasaan Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS)

Ya, PBNS boleh dimanfaatkan sebagai ejen perubahan anti fitnah yang berkesan.

3. Program Khas

Memanfaatkan pelbagai kursus anjuran MAIS, JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan sebagainya bersama umat dengan memasukkan elemen anti fitnah.

4. Kajian Perundangan

MAIS boleh menggesa pihak berkaitan seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor untuk mengkaji dan menyediakan peruntukan fatwa dan mengesyorkan undang-undang Syariah yang lebih ketat tentang fitnah.

5. Penguatkuasaan Undang-undang

JAIS juga boleh menguatkuasakan undang-undang jenayah Syariah kepada mereka yang membuat fitnah.

6. Peranan NGO-Islam (NGO-I)

MAIS boleh menjadikan NGO-I sebagai rakan strategik dalam menangani gejala fitnah.

7. Pendidikan Rasmi

JAIS boleh memasukkan elemen bahaya fitnah dalam pendidikan rasmi anak-anak umat Islam di sekolah-sekolah JAIS.

Pada akhirnya, agenda menangani fitnah bukanlah projek bermusim dan program yang bersifat intensif. Ia perlu bergerak secara konsisten dan lestari. Pendekatannya juga perlu pelbagai. Kajian keberkesanan dan impak program juga wajar dilakukan. Kesimpulannya, MAIS dan seluruh agensinya telah bergerak dan akan terus bergerak menghadapi gelombang fitnah dari semasa ke semasa. Semoga MAIS mampu melaksanakannya, Amin. Edisi

Related Articles

Back to top button