Fokus

INFLUENCER, MEROSAKKAN?

Tahun 1990-an, Malaysia menerima kehadiran internet. Dunia kita pun menjadi sebuah ‘perkampungan terbuka’ (global village). Dunia ‘tanpa sempadan’ yang telah menjadikan kita mampu berhubung ke mana sahaja. Kutub Utara ke Kutub Selatan, melihat wajah, mendengar suara dan itu semua berlaku hanya dalam hitungan saat, dengan satu sentuhan di skrin tipis.

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Kecanggihan teknologi berdampak besar kepada kehidupan. Daripada blog yang kaku, manusia menghantar video melalui Facebook dan Youtube. Kini kita mampu melakukan lintas langsung (live) dari mana pun, asalkan ada jaringan internet dan ada hand phone di tangan. Aplikasi X (dulu Tweeter), Instagram dan Tiktok menjadikan semua orang bisa live, mengalahkan media lama radio dan TV.

Akhirnya wujudlah satu fenomena ‘ajaib’ disebut infuencer (pempengaruh), iaitu individu atau kumpulan yang mampu menjana perubahan kepada orang lain. Dulunya infuencer ini didominasi kalangan artis popular, kini ia juga dikuasai para infuencer dari kalangan orang biasa. Mereka mencipta pengaruh dengan kemampuan dan keunikan tersendiri. Khairul Aming misalnya, sehingga Oktober 2023 berjaya mengumpulkan lebih 3.7 juta pengikut di Instagram.

Namun begitu, kemunculan para infuencer ini ada pro dan kontranya. Tiktok misalnya, laju berevolusi menjadi aplikasi terhangat di tangan manusia, bersama-sama pengaruh negatif dan positif di sisinya. Ada orang ke masjid kerana terkesan dengan infuencer, dan ada orang membuka aurat juga terkesan dengan infuencernya.

Maka, apakah peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh agensi agama di dalam isu ini? Adakah sekadar menjadi penonton sepenuh masa?

Hakikatnya, MAIS dan agensi di bawahnya turut menerima kesan positif ataupun negative ini. Kala infuencer tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan MAIS, maka ia diluahkan lewat media sosial dan mengundang kecaman tanpa henti. Tidak bersetuju dengan fatwa misalnya, langsung dikritik. Padahal, belum tentu apa yang dikritik dan menjadi viral itu betul faktanya.

Namun bersyukurlah, dalam gemuruh suara para infuencer itu, masih ramai infuencer yang berhati nurani bersih dan berakal waras. Mereka menjadi lisan yang menjernihkan keadaan. Memahamkan umat menerusi perbahasan agama yang benar dan tidak menyesatkan. Memberikan fakta dan bukan naratif palsu yang bersifat menunggang auta dan cereka belaka.

Mendepani gelombang Infuencer ini, maka kami di EDISI cuba memberanikan diri menerobos ke sisi lain dunia infuencer, meninjau dan memerhatikan apakah ada peranan MAIS dan agensi di bawahnya yang dapat dimanfaatkan dalam mendepani arus baharu dunia internet ini. Benarkah infuencer itu merosakkan, atau sebenarnya mereka adalah ejen pembawa dan penegak kebenaran?

Ayuh, kita gali bersama-sama. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button