Fokus

MERAWAT LUKA SEMALAM

Layakkah mereka yang terjebak dengan pelbagai jenayah sosial dibantu? Ada pihak menunding jari, mereka sendiri yang mencari, maka biarkan mereka merasa azabnya sendiri. Namun, di satu pihak yang lain melihat, kekhilafan masa silam bukanlah jalan mati untuk kembali. Sebaliknya, luka itu perlu dirawat agar dapat kembali bertatih mencari Tuhan.

Oleh

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Edisi MAIS tampil membahaskan realiti ‘luka semalam’ yang perlu dirawat. Kami percaya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempunyai obligasi di sini. Dengan penuh amanah, MAIS dan seluruh jajaran agensinya mengambil sikap, tidak ada keraguan sama sekali untuk membina mereka yang mahu berubah. Ingatlah, tugas kita bukan menghukum, namun membimbing ke jalan Tuhan yang penuh harapan.

LGBT

Menyebut sahaja kalimat LGBT, maka apa yang terpampang di benak kita adalah negatif belaka. Begitulah. Tidak dapat disangkal, amalan LGBT adalah keji, penerus laknat Tuhan zaman-berzaman. Kita tidak mahu sama sekali terlibat dengan amalan keji ini. Malah kita berharap, jangan ada dalam kalangan kita yang terjangkit sama.

Lesbian, iaitu hubungan seks songsang sama jenis wanita. Membayangkannya sahaja menggelikan. Apa lagi gay, hubungan seks sesama lelaki. Tidak terbayang di minda betapa jahatnya orang yang melibatkan diri dalam kancah jenayah ini.

Biseksual, ataupun keterlibatan seks dua arah, sesama jenis dan lawan jenis berbeza, adalah penyumbang biaknya kuman AIDS kepada pasangan yang tidak berdosa. Begitu juga transgender yang marak, khasnya dalam kalangan ‘wanita jadian’ yang merasakan dirinya terjebak di tubuh lelaki. Aduhai, semuanya kita saksikan di depan mata hari ini.

Namun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang telah terjebak ke dalam kancah immoral ini, lalu tiba-tiba disapa bayu hidayah? Tiba-tiba ada riak penyesalan yang berombak-ombak melambung di batinnya. Menghempas ke karang lalu menyisakan sesal kepedihan. Apakah bagi mereka yang sudah terasa berdosa, dan mahu kembali mencari pangkalnya, tidak boleh dikasihan belas?

Pelacuran, Bohsia dan Rosak Akhlak

Pelacuran juga adalah barah yang sekian lama mendekam. Hari ini, dengan segala perundangan yang ada, pelacuran masih membiak. Lebih parah apabila ada yang menjual maruah di jalanan, seperti bohsia hanya dengan sepinggan makanan. Maruah tiada ertinya, dek kerana iman yang tipis di jiwa.

Maka, sekali lagi kita tidak reda tsunami akhlak ini terus melanda. Harus ada hadnya. Wajib ada usaha menghalang. Paling penting, ada dalam kalangan mereka yang terjebak tanpa kerelaan, atau dek desakan kehidupan, atau dijual dengan paksa ke lembah kehinaaan.

Tiadakah peluang kedua buat mereka? Apa lagi halangan buat kita menghulurkan tangan?

Kerosakan Akidah dan Kedurjanaan Dadah

Tiada dosa yang lebih besar melainkan akidah yang tersasar. Ini adalah kemuncak keruntuhan jiwa manusia. Allah SWT bisa mengampunkan segala dosa, selagi mana manusia tidak menduakan-Nya.

Namun inilah yang berlaku di depan mata. Mereka yang terjebak ke lembah kepincangan akidah. Meyakini manusia yang busuk sebagai Tuhan, mempercayai bahawa ada manusia yang tarafnya wakil Tuhan pembawa ke syurga. Mempercayai kononnya masih ada yang menjadi nabi walau setelah kewafatan nabi terakhir.

Kedurjanaan dadah juga tidak ada hentinya. Malah, modus operandi sang pencandu narkoba ini makin pelbagai. Akibatnya, rumah tangga porak peranda. Ibu dibunuh oleh tangan anak yang dahulu dilahirkan dari rahimnya sendiri. Bapa diterajang sehingga patah riuk. Anak isteri ditelantarkan malah ada dicampak ke lembah AIDS yang tertular dek biang jarum suntikan.

Kegilaan ini, perlu dihentikan. Ia bukan omong kosong. Ia adalah tekad yang kukuh, niat yang bulat dan usaha yang tidak kenal jerih dan letih. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button