Viral Kini

HIBURAN TIDAK PATUH SYARIAH

Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Oleh

Pembantu Eksekutif (Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS)

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya bertajuk ‘al-Halal wa al-Haram f al-Islam’ menyatakan bahawa hiburan adalah diharuskan kerana boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran dengan syarat tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh menimbulkan perbuatan dosa.

Sehubungan itu, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil.2/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhirah 1436H memutuskan bahawa;

“Memperakukan Garis Panduan Hiburan dalam Islam edisi kedua yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)” – Dikemaskini pada 26 September 2014.

Teras dalam penggubalan garis panduan ini didasari oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 Mei dan 13 Mei 1981 seperti yang berikut;

Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada ftnah adalah harus;
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada ftnah maka nyanyian itu adalah haram;
Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah;
Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Objektif garis panduan ini adalah untuk;

Memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan untuk berkarya tanpa melepasi batasan syarak;
Membantu para penganjur dan pihak penerbit dalam menyusun atur program yang mengandungi aspek hiburan sejajar dengan didikan Islam dengan mengambil kira keperluan masyarakat, bangsa, agama dan Negara;
Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program hiburan dalam bentuk tontonan terpimpin kepada masyarakat secara umumnya berteraskan akidah, syariah dan nilai-nilai akhlak; dan
Memupuk kefahaman di kalangan masyarakat awam mengenai bentuk hiburan yang dianjurkan dalam Islam.

Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button