HULU LANGAT , 8 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini menyampaikan bantuan keperluan elektrik dan dana kewangan berjumlah keseluruhan RM32,150.00 kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kampung Sungai Lui dalam Program Tautan Kasih MAIS dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat. Daripada RM32,150.00, sebanyak RM28,150.00 diperuntukkan bagi keperluan barangan elektrik dan dana kewangan berjumlah RM4,000.00 kepada masjid-masjid yang terjejas. Penerima sumbangan masjid terdiri dari Masjid Ar-Rahman dan Masjid Kariah Kg Jawa masing-masing menerima sumbangan dana berjumlah RM2,000.00. Sebanyak 250 set barangan elektrik seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan set dapur diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Simbolik penyerahan sumbangan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS di sini hari ini. Sementara itu, Program Tautan Kasih MAIS mendapat kerjasama dari Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan banjir di samping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah. Selain itu, dalam program ini juga turut diadakan gotong royong yang dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan MAIS,Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam, Agensi dan Anak Syarikat bagi membersihkan kawasan banjir terutama di Masjid Ar-Rahman. Di akhir program turut diadakan penyerahan sumbangan kotak makanan asas kepada lima buah rumah mangsa banjir yang terjejas. Hadir sama ialah YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS dan Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS. Turut hadir juga ialah SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023