Berita MAIS

MAIS SALUR RM60 RIBU WANG SAKU KEPADA 200 KANAK-KANAK GISBH
SHAH ALAM, 8 Februari 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan bantuan persekolahan sebanyak RM60 ribu kepada 200 orang kanak-kanak bekas GISBH. Setiap kanak-kanak akan menerima RM300 setiap seorang yang akan disalurkan melalui program Wang Saku melalui sekolah masing-masing. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS di hadapan 200 orang anak-anak dan ibu-bapa di sini hari ini. Bantuan persekolahan ini diharap dapat meringankan beban terutamanya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dan menampung kos yuran untuk anak-anak mereka. Para pelajar berkenaan turut menerima bantuan tambahan berupa pakaian seragam persekolahan setiap seorang bagi menampung keperluan persekolahan lain daripada My-Sutera Sdn Bhd. Sementara itu dalam majlis yang sama, turut menyaksikan YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor turut menyempurnakan simbolik serahan sumbangan berupa kit persekolahan kepada kanak-kanak ini. Hadir sama dalam program ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan YBrs. Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS – Copy SHAH ALAM, 8 Februari 2025 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh February 8, 2025 PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara… Berita Penuh February 6, 2025 PERBINCANGAN KERJASAMA MAIS DAN TABUNG HAJI BERKAITAN KUTIPAN FIDYAH & KAFFARAH KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 4, 2025 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN BAITULMAL BERBIDANG KUASA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke… Berita Penuh January 28, 2025 RM13 JUTA BANTUAN FIDYAH MAIS DIAGIHKAN KEPADA 50,054 PENERIMA YANG LAYAK SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 25, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor