SHAH ALAM, 12 Oktober 2022 – Sektor Baitulmal MAIS telah dijemput untuk membuka kaunter penerangan dalam Program Perhimpunan Bulanan MBSA Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-22. Pada program kali ini semua kakitangan MBSA berpeluang untuk mendapatkan penerangan secara terus berkaitan pengurusan dan perancangan harta umat islam. YBrs. Tuan Mohd Rashidi bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam sempat menjengah ke kaunter Baitulmal bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengurusan harta umat islam yang diuruskan oleh MAIS. Pegawai kami turut berkesempatan menyantuni Puan Asmah binti Mohd Zin, Pengarah Khidmat Pengurusan dan beberapa orang pegawai MBSA yang mendaftarkan wasiat secara terus melalui sistem SISWA MAIS pada program tersebut. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada kakitangan MBSA yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian: https://siswa.mais.gov.my MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023