MAIS TERIMA LAWATAN DARI ASNB
MAIS TERIMA LAWATAN DARI ASNB
SHAH ALAM, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Delegasi seramai lapan orang diketuai oleh Puan Che Lily Haji Ahmad @ Haji Majid Penolong Naib Presiden Jabatan Jualan dan Operasi Pemasaran, ASNB.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan baitulmal terutama perkhidmatan hibah MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-alukan kehadiran ASNB dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril juga turut berkongsi maklumat pengurusan hibah MAIS kepada delegasi ASNB.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan ASNB
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...