SHAH ALAM, 27 September 2022 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan melantik Yang Berbahagia Tan Sri Mazlan Mansor, Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada 6 September 2022 berkuat kuasa mulai 16 Julai 2022 hingga 31 Disember 2023. Pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ini juga selaras dengan Artikel 20, Articles of Association of Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu “The Chairman of the Board shall be the Chairman of Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) or any person nominated by Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.” Pelantikan Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE berdasarkan asas pertimbangan kapasiti jaringan sosial yang dimiliki dari jawatan sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Turut diadakan majlis penyerahan surat pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Dalam masa yang sama, turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. YIDE adalah merupakan anak syarikat di bawah seliaan MAIS yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di Negeri Selangor, pengurusan sumbangan musibah dan menyediakan perkhidmatan hemodialisis, Pusat Dialisis MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023