Berita MAIS

KUNJUNGAN HORMAT TOURISM SELANGOR KE MAIS
SHAH ALAM, 4 Oktober 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima kunjungan dari Tourism Selangor bagi megeratkan lagi hubungan baik ke dua pihak. Delegasi seramai tiga orang ini diketuai oleh Encik Azrul Shah Bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Selangor yang bertujuan memperkenalkan Tourism Selangor dan aktiviti terkini berkaitan dengannya. Mereka juga berhasrat mengadakan aktiviti perlancongan berasaskan Islam di negeri Selangor ini. Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi dan menyokong usaha Tourism Selangor terutamanya dalam mengetengahkan pelbagai program berkaitan Islam dalam perancangan aktiviti pelancongan mereka. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara MAIS dan Tourism Selangor. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor