Berita MAIS

KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE MENARA CIMB, KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 4 Jun 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal memgadakan kunjungan hormat ke Menara CIMB, KL. Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama yang dapat dijalinkan melalui produk wasiat dan fidyah yang ingin diketengahkan melalui sistem SISWA MAIS dalam menguruskan harta pusaka secara sistematik. MAIS yang diwakili oleh Dr. Hjh Norzaihan binti Mohd Zain – Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid – Pengarah Baitulmal, Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat dan 3 orang kakitangan dari Sektor Baitulmal. Kehadiran pihak Mais disambut mesra oleh Encik Resham Singh, Ketua Serantau Kumpulan CIMB Islamic dan seterusnya mempengerusikan perbincangan tersebut. Turut hadir bersama adalah Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya, Ketua Serantau Penasihat Syariah Kumpulan CIMB Islamic, Encik Mohd Zaidi Hj. Othman, Pengarah Strategi Pemasaran dan beberapa lagi kakitangan yang turut hadir dari bahagian yang lain. Semoga dengan perbincangan ini akan dapat membantu masyarakat Islam umumnya dalam pengurusan harta dengan lebih baik dan sistematik. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja bermula 26 April sehingga 30 Jun 2024. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat dan hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari :www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #faraid #pengurusanhartaorangislam #hartapusaka #ilmufaraid #islamicestateplanning #islamicinheritancelaw #baitulmalmais #CIMBIslamic KURSUS TAFAQQUH FIDDIN: PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2024 PELABUHAN KLANG, 26 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 26, 2024 JEMPUTAN MEMBUKA ‘BOOTH’ PAMERAN DI PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH KUALA LANGAT (PPAS) BERSEMPENA PROGRAM HARI TERBUKA KUALA LANGAT, 25 Mei – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal… Berita Penuh May 25, 2024 JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH DI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) CAWANGAN SHAH ALAM 23 Mei 2024 (Khamis)- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima… Berita Penuh May 23, 2024 ROAD TO COLOMBO, SRI LANKA 21 Mei 2024 – MAIS melalui kumpulan HeBat, Sektor Baitulmal… Berita Penuh May 21, 2024 “TERIMA KASIH KERANA MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH” “Terima kasih MAIS kerana mudahkan masyarakat urus Wasiat dan Hibah,”…. Berita Penuh May 20, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor