Berita MAIS

MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI KEDAH - Sumbang RM120,000 bagi keperluan maslahah ummah
SHAH ALAM, 16 Julai 2022 – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Kedah dalam insiden 4 Julai yang lalu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan RM120,000.00 bagi memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan RM120,000.00 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS. Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM50,000.00 dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000.00, manakala YIDE pula menyediakan 100 unit blanked dan 100 unit set dapur memasak dengan jumlah RM20,000.00. Sumbangan MAIS sebanyak tunai sebanyak RM50,000.00 itu akan diberikan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tujuan agihan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir berkenaan. Hari ini, Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turun untuk memberi pelepasan konvoi kumpulan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS yang akan diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. MAIS amat prihatin dengan keperluan maslahah ummah khususnya di negeri Kedah dan apabila berlaku ujian seperti ini, MAIS, agensi dan anak syarikat akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan kepada mangsa banjir ini bertujuan memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka. Turut terlibat sama agensi dan anak syarikat MAIS dalam konvoi hari ini ialah Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Bakti Suci Holding Sdn Bhd. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor