Shah Alam, 8 September—Bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Hal Ehwal Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS satu sesi perkongsian bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah diadakan di sini hari ini. YB Dr. Mohammad Fahmi merupakan Anggota MAIS yang baharu juga merupakan Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor. YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir di sesi pertemuan ini. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah yang telah dilantik sebagai Anggota MAIS diikuti dengan sesi taaruf bersama semua ketua jabatan yang hadir. Beliau turut berpesan agar semua pihak sentiasa menitikberatkan maslahah ummah bagi keharmonian negeri Selangor. YB Dr. Mohammad Fahmi juga menzahirkan ucapan penghargaan atas sesi taaruf ini dan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada beliau.Sesi diteruskan dengan taklimat berkaitan MAIS oleh Y.Bhg Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS diikuti oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Shahzihan Ahmad, Jabatan Mufti Selangor yang dibentangkan oleh Y.Brs. Ustaz Mohd Shukri Sulaiman. Taklimat diteruskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Puan Neney Shuhaidah Shamsuddin diikuti Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Tuan Hj. Zainor Rashid Hassin. Seterusnya sesi taklimat dari agensi dan anak syatikat MAIS didahului oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Encik Mohamad Amin Ibrahim, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Tn. Hj. Anuar Hamzah Toha dan diikuti dengan Univesiti Islam Selangor (UIS) yang dibentangkan oleh Y.Brs. Encik Zulhizzam Hamzah. Seterusnya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang dibentangkan oleh Y.Brs Encik Nur Mohd Razali Abdullah dan diakhiri dengan Bakti Suci Holding Sdn. Bhd. (BSHSB) yang dibentangkan oleh Y.Brs Encik Mohd Nuri Abdul Aziz. Turut hadir Pn. Hajjah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha MAIS (Dasar dan Pengurusan) dan Pn. Hajjah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) serta Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS. #MAIS #menjunjungamanah MAIS Erat Silaturahim dan Kongsi Perkembangan bersama YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah Shah Alam, 8 September—Bagi mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini… Berita Penuh September 8, 2023 BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG Sabak Bernam, 8 Septembe–Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama… Berita Penuh September 8, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN MAINPP Shah Alam, 7 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 7, 2023 JEMPUTAN PERKONGSIAN HASIL BARU TERIMAAN BAITULMAL MAIS OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH 4 SEPT – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh September 4, 2023 KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS DI MASJID AL HUSNA 01 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh September 1, 2023