Berita MAIS

KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM
16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Al Amin Seksyen 17, Shah Alam diatas jemputan Kuliah Subuh Khas dan membuka kaunter penerangan MAIS bersempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2023. Alhamdulillah kaunter penerangan MAIS dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli kariah yang hadir bertanyakan hal-hal pengurusan pusaka. Disamping itu, Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah MAIS berkenaan tajuk “Faraid, Wasiat & Hibah”. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli kariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #ilmufaraid #islamicestateplanning #baitulmalmais #rancanghartacelikpusaka #celikpewarisandanbaitulmal #masjidAlAmin KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM 16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh September 16, 2023 MAIS BUKA KAUNTER PENERANGAN SEMPENA KARNIVAL PUSPANITA NEGERI SELANGOR 2023 15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri… Berita Penuh September 15, 2023 USRAH BERSAMA GURU KAFA Sabak Bernam, 13 Sept – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh September 13, 2023 PROGRAM BUAL BICARA SEMPENA BULAN PEMBEBASAN RIQAB TAHUN 2023  SHAH ALAM, 13 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 13, 2023 MAIS PERUNTUKKAN RM25 JUTA TANGANI MASALAH SOSIAL Shah Alam, 10 Sept – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 10, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor