BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR PROGRAM PENGUKUHAN AKHLAK DAN JATI DIRI
BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR PROGRAM PENGUKUHAN AKHLAK DAN JATI DIRI
9 Sep, Hulu Selangor – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengadakan Program Pengukuhan Akhlak dan Jati Diri bertempat di Flinstone Chalet Ulu Yam.
Program usahasama ini disertai seramai 94 orang adalah bertujuan memberi pengukuhan dan keyakinan diri peserta dalam kehidupan bermasyarakat, memupuk ukhuwah sesama pelatih dan kakitangan dan memberi penghargaan kepada pelatih agar mereka tidak merasa terpinggir.
Antara penceramah program ini adalah Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek, Penceramah Bebas yang menyampaikan tajuk berkaitan pengukuhan akhlak dan pembangunan jati diri seseorang muslim.
Turut hadir Ustaz Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah; Puan Mursyidah binti Ahmad Azam, Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan Daerah AADK Klang dan Puan Siti Erma binti Misran, AADK Daerah Hulu Selangor.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan serta permainan interaktif bagi memupuk semangat berpasukan dan nilai tanggungajawab terhadap diri sendiri, rakan rakan, keluarga, masyarakat dan agama.
Para peserta rata-ratanya sangat gembira dan berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...