Berita MAIS

PROGRAM HALA TUJU PENGURUSAN PENGISLAMAN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) DAN BAITULMAL DAERAH TAHUN 2025
Klang, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Sektor Pembangunan Sosial telah menganjurkan Program Hala Tuju Pengurusan Pengislaman kepada Pusat Pengurusan Pengislaman(PPP) dan Baitulmal Daerah Tahun 2025. Seramai 50 orang peserta dikalangan PPP dan Baitulmal Daerah terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk memperkukuhkan hala tuju pengurusan pengislaman yang lebih tersusun dan berkesan, selari dengan matlamat pembangunan sosial yang inklusif dan holistik. Semoga program ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam usaha membangunkan strategi yang lebih mantap dalam pengurusan pengislaman di negeri Selangor. Program ini mendapat sambutan yang baik dari peserta yang hadir dan berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut hadir ialah Dr. Hajah Norraini Binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Puan Hjh Hafizatulakmal binti Abd. Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. #mais #menjunjungamanah AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH INFAQ KEPADA MAIS SHAH ALAM, 14 Feb 2025- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 14, 2025 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIP Shah Alam, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 13, 2025 PROGRAM HALA TUJU PENGURUSAN PENGISLAMAN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) DAN BAITULMAL DAERAH TAHUN 2025 SHAH ALAM, 14 Feb 2025- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 13, 2025 MAIS SALUR RM60 RIBU WANG SAKU KEPADA 200 KANAK-KANAK GISBH SHAH ALAM, 8 Februari 2025 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh February 8, 2025 PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS Shah Alam, 6 Feb-Program Coffee Talk diadakan antara Ketua Jabatan… Berita Penuh February 6, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor