Berita MAIS

MAIS SERTAI EKSPO USAHAWAN SELANGOR SELBIZ 2024
SETIA ALAM, 4 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuka kaunter penerangan sepanjang Ekspo Usahawan Selangor SELBIZ 2024 yang berlangsung bermula 4 Oktober hingga 6 Oktober 2024. Kaunter penerangan MAIS bernombor 091 dan 092 dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam memberi peluang kepada pengunjung yang datang bagi mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS. Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan MAIS yang ditawarkan seperti pengurusan harta, bantuan guaman syarie, sewaan hartanah, pendaftaran muallaf dan pemulihan riqab. Orang ramai amat digalakkan mengunjungi booth MAIS untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan dari MAIS. Program SELBIZ 2024 menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan. SELBIZ 2024 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. #mais #menjunjungamanah#selbiz2024 FORUM PERDANA: “HARTA PUSAKA : HIBAH & WASIAT” KUANTAN, 14 OKT – MAIS melalui Baitulmal telah dijemput untuk… Berita Penuh October 14, 2024 MAIS PERUNTUK RM1 JUTA KEPADA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH MAIS SHAH ALAM, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 12, 2024 MAIS SELESAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS 2023 SHAH ALAM, 10 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 10, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MYNIC BERHAD SHAH ALAM, 8 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 8, 2024 BAITULMAL MAIS DI JUALAN AGRO MADANI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GOMBAK & PETALING 5 OKT, PETALING-Pihak Baitulmal MAIS melalui Baitulmal Daerah Gombak &… Berita Penuh October 5, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor