Berita MAIS

ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah mendapat tajaan menunaikan umrah telah berangkat ke tanah suci Mekah. Empat pegawai telah berangkat pada 1 Disember dan dua pegawai lagi telah berangkat sebelum ini. Program tajaan umrah adalah sebagai suatu penghargaan kepada pegawai MAIS yang telah berkhidmat dengan MAIS melebihi 10 tahun dan mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam penilaian prestasi. Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menghantar rombongan peserta umrah tajaan MAIS kali ini.Antara penerima tajaan umrah MAIS adalah, Encik Elmi Amir Ajil, Puan Noriah Hamdzah, Puan Salawati Hamid, Puan Saloni Abdullah, Puan Hamida Manan dan Encik Suhaimi Ismail. Tahniah diucapkan kepada semua penerima tajaan umrah MAIS, semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. #mais #menjunjungamanah ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 3, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3… Berita Penuh December 3, 2024 PROGRAM IJTIMA’ MUALLAF DAERAH KUALA LANGAT KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 30, 2024 MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS HASILKAN LIMA PENYELIDIKAN BAGI ISU-ISU HAL EHWAL ISLAM SELANGOR 2023/2024 SHAH ALAM, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 28, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi