PENERANGAN BERKENAAN PRODUK BAITULMAL MAIS KEPADA AGENSI DI BAWAH TAKAFUL IKHLAS BERHAD
 23 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Hulu Selangor telah menerima jemputan daripada IKTISAS Agency Leadership Corporation (ALC) Takaful Ikhlas Family Berhad bagi memberi penerangan berkenaan produk perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal MAIS. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Izhar bin Ismail, Ketua Baitulmal Daerah Zon Timur dibantu oleh Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid, Eksekutif Baitulmal Daerah Hulu Selangor. IKTISAS adalah sebuah agensi di bawah Takaful Ikhlas Berhad, memasarkan produk dan plan Takaful Keluarga. Mereka juga berminat untuk memberikan kerjasama dalam menyebarkan khidmat produk Baitulmal MAIS lebih-lebih lagi produk yang berkaitan dengan Wasiat, Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka.Sambutan yang menggalakkan diterima daripada pihak IKTISAS dalam menjalinkan kerjasama ini untuk mendedahkan kepada masyarakat berkenaan Pengurusan Harta Dalam Islam . Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama. Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka MAIS PERUNTUKAN RM19.4 JUTA TANGANI MASALAH SOSIAL SHAH ALAM, 4 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 4, 2024 BENGKEL PENYEDIAAN BLUEPRINT ASNAF AL RIQAB NEGERI SELANGOR 31 JULAI, Kuala Langat- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 31, 2024 PENERANGAN BERKENAAN PRODUK BAITULMAL MAIS KEPADA AGENSI DI BAWAH TAKAFUL IKHLAS BERHAD  23 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit… Berita Penuh July 23, 2024 KULIAH MAGHRIB KHAS BERKAITAN MEMAHAMI HIBAH DALAM ISLAM DI SURAU AL MUNIR TAMAN SERI NANDING HULU LANGAT HULU LANGAT, 23 Julai – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal… Berita Penuh July 23, 2024 MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MITTIS Sabak Bernam, 22 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 22, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor