SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti Perakaunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal. Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Ros Aniza Mohd Shariff, Assistant Professor UIAM disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Antara lain dalam lawatan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka. Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UIAM untuk menjalankan program diskusi ilmu ilmiah dua hala dengan pihak Baitulmal MAIS. “Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya. Sementara itu, Dr Ros Aniza berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal. #mais #menjunjungamanah 73 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti… Berita Penuh April 11, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam… Berita Penuh April 10, 2025 PENGERUSI MAIS RAI HARI RAYA BERSAMA MANGSA KEBAKARAN DI PUSAT PERLINDUNGAN SEMENTARA MASJID PUTRA HEIGHTS PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia… Berita Penuh April 6, 2025 PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin… Berita Penuh April 5, 2025 PENGERUSI MAIS ZIARAH MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS Subang Jaya, 3 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh April 3, 2025 Add Your Heading Text Here