PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN ASET MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 7 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghadiri Majlis Pelancaran Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor. Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di sini hari ini. Pelancaran buku garis panduan yang diterbitkan oleh JAIS ini adalah sebagai rujukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dalam mengangkat integriti masjid dan surau sebagai institusi masyarakat yang dihormati. DYMM Sultan Selangor turut menitahkan MAIS supaya memastikan semua masjid dan surau di negeri ini menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit untuk diperiksa dan disemak. Baginda juga berharap agar pentadbir masjid dan surau dapat mematuhi dan melaksanakan semua ketetapan yang digariskan dalam garis panduan itu. Turut hadir ialah SS Dato Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan YB Dr Muhammad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi. #mais #menjunjungamanah PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN ASET MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh December 7, 2023 RM56,416.00 DISUMBANG KEPADA 328 PENERIMA FIDYAH KUALA SELANGOR DAN KUALA LANGAT SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh December 6, 2023 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK 22 ANGGOTA MAIS BAGI SESI 2024 – 2026 SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh December 4, 2023 MAIS ANJUR KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB 2023 Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran… Berita Penuh December 3, 2023 PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA ANJURAN PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 2, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor