SEMINAR RIQAB NEGERI SELANGOR 2024
KLANG, 21 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan Seminar Riqab Negeri Selangor 2024 bertujuan bagi memberi perkongsian informasi dan pengalaman kepada rakan sinergi seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Pegawai Tadbir Agama, Ketua Kampung, Penghulu dan Nazir Masjid Negeri Selangor mengenai Asnaf Riqab. Program selama sehari ini melibatkan seramai 260 orang peserta dikalangan Pegawai Tadbir Agama, Ketua Kampung, Penghulu, Nazir Masjid, wakil wakil Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri. Seminar ini melibatkan pembentangan yang bertajuk “Tugas dan Peranan Agensi Dalam Menangani Isu Sosial” daripada 4 panel iaitu Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Tuan Nazir Mohamad Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tuan Haji Azmir Kassim Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM) dan Dr Hajah Noraini binti Nordin Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS. Selain itu program ini juga dapat menjalin kerjasama dengan rakan sinergi dalam melaksanakan proses pemulihan kepada asnaf Riqab dan meningkatkan profesionalisme semua agensi berkaitan dalam mendepani cabaran terutama masalah dadah dan sosial. Rata-rata peserta yang hadir memuji pihak MAIS dan berharap agar program ini diteruskan di masa akan datang. Majlis ini dirasmikan oleh Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi, MAIS. #mais#menjunjungamanah PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor