SABAK BERNAM, 24 Oktober – Sepanjang lima tahun dari tahun 2019 sehingga 2023, seramai 253 orang pelatih wanita yang telah berjaya tamat tempoh pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan setiap tahun khusus kepada pelatih yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah bagi melancarkan proses pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan agar mereka yang tersasar ini kembali ke pangkal jalan. Setiap pelatih perlu mengikuti semua program pemulihan mengikut tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan masalah sosial atau akidah yang dihadapi. Angka ini menunjukkan MAIS terus komited dalam menghasilkan insan yang bukan sahaja baik dari segi akhlak rohaninya, malahan mempunyai kualiti dalam mendepani cabaran kehidupan di luar sana. MAIS juga berharap masyarakat di luar sana turut memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang telah berjaya dipulihkan ini, agar dapat istiqamah berubah ke arah yang lebih baik untuk mereka kekal di jalan yang benar dan menjadi insan Rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat. Begitu juga terhadap mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah sosial dan ingin berubah, bolehlah berhubung terus dengan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam adalah merupakan salah sebuah Rumah Pemulihan Majlis di bawah pengurusan MAIS yang menempatkan golongan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah yang memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan rohani dan jasmani. Bagi memberikan penghargaan kepada pelatih-pelatih, Pusat Perlindungan Baitul Ehsan MAIS hari ini menganjurkan Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024 yang merupakan salah satu program besar tahunan bertujuan memberikan penghargaan kepada pelatih-pelatih yang telah berjaya menjalani proses pemulihan dalam bidang akademik, kemahiran dan fardhu ain bermula Oktober 2023 hingga September 2024. Seramai 22 orang pelatih telah menerima anugerah meliputi kategori Anugerah Khas Baitul Ehsan, Anugerah Disiplin Terbaik, Anugerah Sahsiah&Kepimpinan, Anugerah Ketua Pelatih Terbaik dan Anugerah Pelajaran Terbaik. Di samping itu, dalam mengenang jasa para pendidik yang telah bertungkus lumus membantu memberi bimbingan kepada pelatih-pelatih sehingga berjaya, pihak MAIS juga berbesar hati memberi penghargaan kepada Guru Pembimbing Riqab Baitul Ehsan iaitu seramai 24 orang. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah kepada penerima disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Turut hadir ialah Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. MAIS juga mempunyai dua buah lagi Rumah Pemulihan Majlis (RPM) iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah Baitul Islah serta 26 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) yang berdaftar di bawah MAIS yang berperanan membantu pemulihan mereka yang mengalami masalah sosial dan akidah dari pelbagai kategori. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN GLOBAL HAYAT SHAH ALAM, 17 Oktober-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini… Berita Penuh October 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN GLOBAL HAYAT – Copy SABAK BERNAM, 24 Oktober – Sepanjang lima tahun dari tahun… Berita Penuh October 24, 2024 MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI CAMBODIAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima… Berita Penuh October 21, 2024 PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG ORANG ASLI, BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 19, 2024 IJTIMA’ PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR 2024 DAN PELANCARAN PERATURAN-PERATURAN TAULIAH BAGI PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2024 SHAH ALAM, 19 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor… Berita Penuh October 19, 2024 Add Your Heading Text Here