TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR

TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR

364132264 668495725195630 736102088577008774 n
MAIS ANJURKAN PROGRAM CERAMAH GEJALA LGBT, HINDARI MASALAH GEJALA SOSIAL
 
KLANG, 3 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Ceramah Gejala LGBT.
 
Program tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Meru 2, Klang itu telah dihadiri oleh seramai 200 orang murid tahun 5, tahun 6 dan guru-guru.
Program bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai bahayanya gejala sosial yang merosakkan akhlak seperti gejala LGBT, dadah, merokok dan lain-lain. Selain Itu, program ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada murid cara-cara untuk mencegah atau menghindari gejala sosial ini.
 
Program ini juga mendapat kerjasama dari Sekolah Kebangsaan Meru 2 dan Rumah Pemulihan Riqab (RPR) iaitu Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) bagi menjayakan program ini.
Penceramah program ini adalah En. Saiful Chua Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS).
 
Perasmian penutup disampaikan oleh Encik Muhammad Lutfi Ishak, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Meru 2. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Ketua Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
 
Dalam ucapan Encik Muhammad Lutfi, beliau berkata pihak sekolah amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MAIS dalam menjayakan program ini dan berharap agar setiap murid dapat mempelajari dan mengambil iktibar daripada ilmu yang dipelajari.
Tambah beliau lagi, usaha pencegahan ini teramat penting untuk dimulakan dari peringkat sekolah lagi memandangkan anasir-anasir luar terutamanya dari dunia barat yang sedang giat berusaha menyebarkan dakyah dan ideologi songsang ini ke seluruh pelusuk dunia.
 
Sebelum itu, Ustaz Mohd Ezzam yang menyampaikan kata aluan berkata, beliau berharap agar dengan ilmu yang dipelajari daripada program ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya gejasa sosial ini dan sentiasa berusaha untuk menghindarinya.
 
Rata-rata peserta memberi maklumbalas yang baik dan berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor