PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE PULAU KETAM

PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE PULAU KETAM

480047395 1009857221059477 9178288475548869597 n
PULAU KETAM, 15 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan Program Turun Padang MAIS ke Pulau Ketam dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat khususnya muallaf dan komuniti orang asli dalam urusan kemaskini dokumen Islam serta memastikan bantuan zakat sampai kepada yang layak.
 
Seramai 140 peserta termasuk muallaf dan penduduk orang asli terlibat dalam program ini berpeluang untuk menukar Kad Islam ke versi terkini dan pendaftaran status agama di dalam Mykad.
 
Selain urusan dokumentasi, program ini merangkumi aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak.
 
Selain itu, turut diadakan sumbangan fidyah melibatkan penerima di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah. Seramai 25 orang penerima menerima sumbangan fidyah berupa kotak makanan kering iaitu Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
 
Manakala LZS menjalankan semakan data penerima zakat bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr. Hjh Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor