MAIS TERIMA KUNJUNGAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
MAIS TERIMA KUNJUNGAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
SHAH ALAM, 20 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang diketuai oleh Tuan Haji Zamree Mohamed, Director Retail Banking Distribution BIMB.
Â
Lawatan seramai empat orang pegawai disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping membincangkan peluang kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
Â
Antara lain ialah pihak BIMB turut berkongsi maklumat berkaitan peluang usahasama bagi sumber pendapatan baru kepada masjid dan surau di Selangor yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS, Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Â
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan BIMB.
Hadir sama dalam perbincangan ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS; Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS; Puan Noor Azira Haji Yunus, Ketua Bahagian Pelaburan & Pengurusan.
Â
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis...
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah...
RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan...
SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...