PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID KARIAH SG. PELEK, SEPANG

PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID KARIAH SG. PELEK, SEPANG

361278604 659610622750807 69446828347145368 1

Sepang, 13 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan aktiviti sempena Bulan Muallaf MAIS.

Antaranya ialah Program Le Tour D’Masjid-Masjid yang diadakan di Masjid Sg Pelek, Sepang.

Alhamdulillah, seramai 70 ahli kariah masjid hadir dalam program ini. Dalam program ini, Taklimat berkaitan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor dan peranan institusi Masjid dan orang awam dalam menyantuni muallaf telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Eksekutif Pendaftaran Muallaf MAIS.

Dalam taklimat ini dijelaskan tentang peranan masyarakat khususnya kariah yang mempunyai golongan muallaf yang perlu disantuni dengan baik kerana mereka telah mengubah cara kehidupan mereka kepada Islam, mengambil berat kebajikan dan akidah muallaf dan masjid adalah antara tempat tumpuan utama yang didatangi oleh mereka selepas memeluk Islam.

Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dan masyarakat awam membantu dalam urusan pengurusan  pengislaman dan hal ehwal yang berkaitan dengan golongan muallaf.

Rata-rata ahli kariah memuji MAIS atas penganjuran program ini. Mereka mengharapkan agar MAIS dapat membuat program seumpama ini lagi. Program berakhir selepas waktu Isyak.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor