MAIS TERIMA LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MAIS TERIMA LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

393253700 707895591255643 2390840707467595615 n
SHAH ALAM, 18 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal hari ini, menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
 
Delegasi yang diwakili seramai 5 orang pegawai dan diketuai oleh Tn. Syeikh Ahmad Zaki bin Haji Ghazali BCK, Ketua Bahagian Baitulmal bertujuan berkongsi informasi berkenaan kaedah-kaedah pelaksanaan teknikal Pengurusan Harta Pusaka yang terdapat di MAIS.
 
Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MAIK dan seterusnya mempengerusikan lawatan pada hari ini.
 
Dalam perkembangan yang sama, Dr. Aisyahmona Binti Ghazali, Pegawai Penyelidik dari MAIK juga berkongsi informasi berkenaan pelaksanaan perkhidmatan yang terdapat di MAIK di samping banyak bertanyakan persoalan berkenaan pelaksanaan wasiat dan hibah khususnya di MAIS.
 
Turut hadir dalam perbincangan adalah Ketua Bahagian dan Pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pengurusan pusaka di MAIS.
 
Semoga jalinan hubungaun ini dapat mengeratkan hubungan dua hala diantara MAIS dan MAIK.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
Info lanjut, sila layari:

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor