BAITULMAL MAIS DIJEMPUT DALAM BENGKEL PROSEDUR TEBUS PUSAKA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
BAITULMAL MAIS DIJEMPUT DALAM BENGKEL PROSEDUR TEBUS PUSAKA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

19 Okt 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk memberikan perkongsian dalam Bengkel Prosedur Tebus Pusaka Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 17 hingga 19 Oktober 2023 yang lalu bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands.
Sektor Baitulmal MAIS diwakili oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal telah menyampaikan perkongsian berkaitan Tadbir Urus Harta Pusaka di Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Potensi dan Cabaran Tadbir Urus Harta Pusaka di MAIN.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambah baik prosedur tebus pusaka Baitulmal sedia ada bagi melancarkan penawaran tebus pusaka kepada ummah.
Baitulmal MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih kepada MAINJ yang memberikan peluang kepada MAIS untuk berkongsi pengalaman menguruskan tebus pusaka Baitulmal.
Semoga jalinan ukhuwwah antara MAIS dan MAINJ terus berkekalan.
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...